Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

MENU WAJIB TIAP-TIAP HUJUNG MINGGU



Ini lauk tiap minggu MA buat.
Khas untuk anak-anak tersayang.
MA akan buat sikit je khas untuk anak-anak makan.
Tiap-tiap minggu wat lauk yang sama muak jugakkan.

Kenapa MA wat sup ayam?
Sebab twin cerewet sikit makan.
Nak makanan berkuah.
Nasi dengan sup atau sup makan dengan mee atau kuetiaw.

Sup ni selalu MA akan buat hari sabtu atau ahad.

Kalau hari sabtu MA buat sup, ahad MA akan buat bubur nasi.
Ala.. nasi dimasak sama ayam dan lobak je.
Buat lembik sikit dalam 1 cawan nasi confirm habis dari pagi sampai petang.
Untuk 3 orang makan.

Bila wat makanan macam ni, lagi cepat habis kalau bagi makan time dorang main takpun mandi kolam plastik yang beli hari tu.
Kalau sup makan dengan mee atau kuetiaw MA suka bagi makan masa gi main playgroud.
Confirm habis sampai nak lagi walaupun habis.

Anak-anak kawan macam mana?

Tiada ulasan: