Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Sabtu

HARI MINGGU HARI TERBAIK UNTUK FAMILY

Buat ibu yang berkerja bukan suri rumah sepenuh masa. Masa cuti beginila masa yang terbaik untuk anak-anak. Di hari ibu bapa berkerja anak-anak di jaga oleh pengasuh. Hanya masa bersama ibu bapa di waktu malam yang singkat.

Manakan tidak balik keje sudah jam berapa. Nak masak lagi, elok je siap dah anak mengamuk mahu tido. Jadi di mana masa yang terbaik untuk bermain dengan anak-anak jika tidak pada hari kite bercuti.

Alangkah indahnye menjadi suri rumah. Melihat anak membesar di depan mata. Bila sakit kite yang rawat di siang hari. Tidak perlu meminta cuti. Harap-harap tahun depan "impian" ku menjadi suri rumah tercapai atau mencari sumber rezeki di tempat lain akan termakbul.


Tiada ulasan: