Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

CAMPAK ATAU HFMD

Hari ni genap usia twin MA 18bulan. Dugaan hari ni bila twin masih lagi demam dan sepatutnye hari ini jugak dorang kena cucuk untuk umur 18 bulan di tunda. Hari ni MA bawak si kakak sorang je ke klinik sebab adik masih demam kakak dah dedar sikit panasnye. Kalau bawak adik huru-hara jadinye. Bawak kakak sorang pun tak terlayan MA. Kalau ada suami teman lainla citerkan.

Asalnye nak gi checkup je pagi ni. Appoinment kul 8pagi tapi pukul 8.30pagi baru terpacak dalam klinik. Akibat dari keletihan mengurus anak-anak malam tadi terlajak bangun itula punca lewat sampai klinik. Bangun pagi tadi, masa tengah siapkan si kakak MA perasan ada naik melepuh di bahagian kaki si kakak. Banyak dekat tepi lutu dan ke bawah. Ni first time anak-anak MA kena. 

Dalam hati kata campak ke tapi takkan naik dari kaki? Selalu campak dari atas turun ke bawah. Nak sedapkan hati mungkin kudis kot. Nanti kat klinik baru nak tanya misi. Dorang kan lebih arif dari MA.

Sampai klinik orang dah ramai. Satu je ku geram dengan sistem klinik Seksyen 19. Lambat giler. Nombor ibu mengandung campur dengan kanak-kanak. Takda asingkan. Dorang utamakan ibu mengandung dahulu. MA penat tadi manakan tidak si kakak nak berdukung je. Bila MA duduk dia nangis. Pegang badan dah mula panas balik. Nak ke taknak MA layan jugakla. 

MA serah buku rawatan dalam jam 8.57pagi. Panggil untuk timbang nak dekat jam 10.30 pagi. Lamakan! Itu pun lepas MA gi tanya kalau tak ntah pukul berapa dorang nak panggil. Jam 11 pagi MA masuk jumpa misi. Kat sini MA tunjukla keadaan kaki si kakak. Misi cakap campak. MA dah terkedu. Pastu MA cakap si kakak dah demam 3 hari dan tanya perlu tak kena check darah. Prosedur klinik kerajaan kalau demam dah lebih 3 hari kena gi check darah. Tapi dia kata tunggu jumpa doktor pulak nak pastikan campak atau HFMD. Ditangan sikakak ada jugak naik bintik merah. kat belakang badan pun ada.

Sementara nak tunggu doktor kakak dah mula menangis. Penatnye dukung dia yang dah berat nak cecah 10kg. Meronta + mengantuk semua ada. Nak jumpa doktor bukan sekejap. Jam 11.45pagi baru dapat jumpa doktor. Masuk je, doktor nak belek kaki dan dia kata bukan campak so kena gi chehck darah takut denggi.

Tiada ulasan: