Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

19 BULAN SUDAH

Hari ini genap sudah usia si twin 19 bulan.
Dah nak cecah 2tahun dah usia dorang.
Rindu pulak time dorang baby.

Alhamdulillah, twin dah makin sembuh dari sakit.
Cuma selsema je masih belum hilang sepenuhnye.
Manakan tidak kalau dapat mandi payah benar nak angkat keluar.

Si adik (aqilah) makin ligat berjalan walaupun kadang-kadang ada malasnye.
Cakap? Hanya boleh sebut mama dan bahasa yang dia sahaja fahami.
Gigi dah makin penuh.
Dah pandai dengar arahan spt suruh dia kemas balik barang dia kenjah dia akan buat.
Kuat nangis dan mengalah dari kakak.
Suka hantuk kepala ke lantai bila mengamuk.
Kuat makan tapi badan kecik macam mama.
Lebih peramah sedikit dari kakak.

Si kakak(atiqah) malas benar nak jalan.
Dan 2 tapak jatuh dah tidak mahu bangun lagi.
Cakap sama je macam adik.
Gigi kurang sedikit dari adik tapi kuat menggigit.
Arahan pandai dengar serupa adik jugak.
Kurang nangis tapi kalau dan menangis hanya TUHAN yang tahu dia punya amukan.
Kuat menyakat, mengacau adik dan abang dia.
Hantuk jugak kepala tapi dekat kepala adik dia.
Kurang makan tapi kuat nyusu.
Itu sebab badan dia debab.
Kurang peramah dari adik.
Kalau orang datang lebih banyak duduk celah mama.


Ini sahaja MA dapat kongsikan serba sedikit tentang perihal si kembar di kala usianya 19 bulan.
Kalau dulu masa ni adha dah dapat kembar.
Tapi tahun ni ku dah tak sanggup lagi bersalin rapat.
Ku merancang selagi boleh.
Biarla anak-anak besar dulu.
Kalau boleh biar adha sekolah.
Kalau suami dia kata cukup dah 3 orang.
Tapi ku mahu sorang lagi anak lelaki buat peneman si hero ku tu.
Kalau ada rezekilakan. 
Kalau takda cukup dah 3 orang.


***sorry gambar twin takda nak letak...

2 ulasan:

PinkUmmi berkata...

sekejap je kan twin dh 19 bulan...

Nens Collection berkata...

insyaallah pasti ade rezeki dear sis..;)