Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

GAMBAR RAYA ADILADHA

Masih belum terlewatkan nak MA bercerita tentang raya kami anak beranak?
Kali ni MA balik beraya di kampung halaman MA sendiri di lenggong.
Balik tanpa suami sebab suami tak dapat cuti dia hanya hantar je.

Raya kali MA seronok sebab twin MA dah boleh jalan.
Melihat kerenah dorang terhibur hati tapi menangis tak lepas jugak.
Hilang je mama menangis bagai kena pukul.
Ada mama nak pulak main dengan opah dan paksunye.

Jomla kite layan gambar-gambar anak MA.



Ini gambar waktu pagi raya.
Anak-anak kena siap dululakan, baru mamanye.
Masa ni si abang dah ikut opahnye ke rumah makcik MA.
Ada wat korban dan adha nak ikut pergi tengok lembu katanye.



Gambar 2 beradik jela yang banyak.
Gambar adha takda waktu pagi.


Pagi-pagi dah makan cumi kawan opah bagi.
MA tak bukak pun hanya bagi dorang pegang.
Takut sakit perut pagi-pagi dah makan cumi.




Mestila ada gambar dengan mama kan.
Nak tangkap ni kena tunggu paksu balik.
Kalau tidak macam mana nak bergambar.
Ini jela yang cantik yang lain bergoyang sebab kembar asyik nak bangun.


Ini dengan paksunye.
Elok je nak tangkap gambar. kalau dengan mama nak lari.
Si kakak dah tak berbaju sebab baju basah dengan susu.




Bila balik rumah opah tempat inila dorang suka main.
Pintu almari opahnye.
Habis barang dalam tu dorang punggah.



Ni je la gambar adha yang paling comel berjaya di snap.
Ni gambar dah petang lepas balik makan-makan kat rumah makcik.
Muka tengah marah kacau dia makan.




Inila gaya 3 beradik makan.
Lepas makan adha terus tido.
Letih tengok lembu katanye.

MA tak beraya mana pun just gi rumah makcik belakang rumah mak je.
Bawak anak-anak...

Ini jela gambar yang cantik boleh di letak.
Yang lain buruk benar...

RUMPAI LAUT 100%ASLI GRED AA



ALAMI KEHEBATAN KOLAGEN ASLI 100% (IBU KOLAGEN MENTAH ASLI)
Ibu Kolagen / Marin Kolagen Asli / Sarang Burung Laut/Rumpai Laut Kolagen 

KOLAGEN MENTAH~ DARI SUMBER RUMPAI LAUT SEMULAJADI 100% asli, belum diproses, bebas kimia/racun/pewarna/​pengawet/steroid/perisa 

IBU KOLAGEN MENTAH/ Pure Marine Collagen 100gram (untuk penggunaan 3-4 minggu) 

KOLAGEN 
• Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk) dan sarang burung layang-layang (bayangkan) 
• 24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit) 
• KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan. 
• ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C. 
• VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu. 
• PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu. 
• OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan. 
• PH bernilai 7.6 
• Rahsia kejelitaan kulit masyarakat China dan Jepun 
• Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidan 
• Kaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan KENCANG. 
• Penuh dengan KOLAGEN 
• Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir. 
• Kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang 

• Sudah diiklankan dalam rancangan NONA 20 mei 2012 (pada yang sempat tonton lah) Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia. 

KEBAIKAN KOLAGEN ASLI 
1. Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON 
2. Anti-bakteria, membuang TOKSIN 
3. Menghilangkan SEMBELIT 
4. Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI 
5. MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
6. Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA 
7. MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID 
8.Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM, 9. SELULIT dan JERAWAT 
10. Membantu meningkatkan METABOLISME 
11. Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG 
12. Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh 
13. Melembutkan TUMIT KAKI merekah 
14. Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS 
15. Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG 
16. Mencegah KANSER/TUMOR 
17. Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK 
18. Mencegah ANEMIA 
19. Memberi Kekenyangan/DIET 
20. Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT 
21. Memberi TENAGA

** jika diamalkan setiap hari, kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya terutama pori-pori muka akan rapat dan nampak licin... jadikan ia sebagai masker juga.

KAEDAH PENYEDIAAN: 
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali 
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan 
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dlm periuk utk direbus selama 15-20 minit 
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti ais (bukan diruang sejuk beku) 

CARA PENGAMBILAN: 
1. Waktu terbaik di ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur iaitu sebelum berus gigi atau setengah jam sebelum sarapan & sebelum masuk tidur). Air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas, boleh juga dicampurkan dengan sunquick/jus buah atau di makan begitu saja. 

CARA BUAT MASKER: 
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas (lagi afdhal kalau cuci muka dengan air suam) supaya pori2 & liang2 roma di muka itu terbuka luas, kemudian sapu rata gumpalan kolagen di muka (sangat bagus dibuat setiap hari) 
2. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci 

* Anda akan rasa kulit LEMBAP, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG walaupun hanya dengan pemakaian masker yang pertama kali......

TIPS: Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat!! Banyakkan minum air kosong 2.5-3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan. 

SIAPA YANG BOLEH MAKAN KOLAGEN INI: 
• Wanita dan lelaki 
• Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih 
• Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi. 
• Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas 
• Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia besifat sejuk.

PERHATIAN : 

** Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe,teh,berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein. Ini kerana ibu kolagen boleh menyerap dan membuang vitamin C.

Senarai Harga
100g=RM30
200g=RM55
300g=RM75
400g=RM95
500g=RM105
1KG=RM120

HARGA ADALAH TERMASUK POS BAGI SEMENANJUNG. BAGI SABAH DAN SERAWAK SILA TAMBAH 8 RINGGIT.

Berminat?

Sile emailkan kepada : ummi.perak@gmail.com
No telefon : 0125500249

Isnin

AKTIVITI 2 BERADIK


Hai unty dan uncle..
Saya kakak.
Garang tak muka saya..
Orang cakap rambut saya comel.
Saya tidak suka ikat rambut.
Saya baru boleh jalan.




Saya adik..
Rambut saya tak selebat kakak.
Saya dah laju berjalan tapi sering jadi mangsa kakak.





Inila aktiviti kami sekarang.
Mengenjah rumah, menolak bakul dan kerusi dan mengeluarkan baju dari almari..

Kami belajar berjalan dengan menolak kerusi dan bakul dulu.
Sekarang kami dah terer berjalan.

*** takda citerla.. layan je la gambar dulu...

BIBIR BENGKAK


Ini gambar bibir si adha..
Ntah kenapa tiba-tiba je bengkak.
Petang tu dia ngadu sakit mulut.
Check tak da apa..

Sebelum tido dia cakap sakit lagi.
Sekali tengok dah bengkak sebelah...
Kesian!!!
Mesti kena gigit semut.
Tido dalam keadaan mulut bengkak...


*** semua entry adalah autopublish...

Khamis

CAMPAK ATAU HFMD

Hari ni genap usia twin MA 18bulan. Dugaan hari ni bila twin masih lagi demam dan sepatutnye hari ini jugak dorang kena cucuk untuk umur 18 bulan di tunda. Hari ni MA bawak si kakak sorang je ke klinik sebab adik masih demam kakak dah dedar sikit panasnye. Kalau bawak adik huru-hara jadinye. Bawak kakak sorang pun tak terlayan MA. Kalau ada suami teman lainla citerkan.

Asalnye nak gi checkup je pagi ni. Appoinment kul 8pagi tapi pukul 8.30pagi baru terpacak dalam klinik. Akibat dari keletihan mengurus anak-anak malam tadi terlajak bangun itula punca lewat sampai klinik. Bangun pagi tadi, masa tengah siapkan si kakak MA perasan ada naik melepuh di bahagian kaki si kakak. Banyak dekat tepi lutu dan ke bawah. Ni first time anak-anak MA kena. 

Dalam hati kata campak ke tapi takkan naik dari kaki? Selalu campak dari atas turun ke bawah. Nak sedapkan hati mungkin kudis kot. Nanti kat klinik baru nak tanya misi. Dorang kan lebih arif dari MA.

Sampai klinik orang dah ramai. Satu je ku geram dengan sistem klinik Seksyen 19. Lambat giler. Nombor ibu mengandung campur dengan kanak-kanak. Takda asingkan. Dorang utamakan ibu mengandung dahulu. MA penat tadi manakan tidak si kakak nak berdukung je. Bila MA duduk dia nangis. Pegang badan dah mula panas balik. Nak ke taknak MA layan jugakla. 

MA serah buku rawatan dalam jam 8.57pagi. Panggil untuk timbang nak dekat jam 10.30 pagi. Lamakan! Itu pun lepas MA gi tanya kalau tak ntah pukul berapa dorang nak panggil. Jam 11 pagi MA masuk jumpa misi. Kat sini MA tunjukla keadaan kaki si kakak. Misi cakap campak. MA dah terkedu. Pastu MA cakap si kakak dah demam 3 hari dan tanya perlu tak kena check darah. Prosedur klinik kerajaan kalau demam dah lebih 3 hari kena gi check darah. Tapi dia kata tunggu jumpa doktor pulak nak pastikan campak atau HFMD. Ditangan sikakak ada jugak naik bintik merah. kat belakang badan pun ada.

Sementara nak tunggu doktor kakak dah mula menangis. Penatnye dukung dia yang dah berat nak cecah 10kg. Meronta + mengantuk semua ada. Nak jumpa doktor bukan sekejap. Jam 11.45pagi baru dapat jumpa doktor. Masuk je, doktor nak belek kaki dan dia kata bukan campak so kena gi chehck darah takut denggi.

DEMAM KEMBALI MENYERANG

Baru je lega dari demam selasa minggu lepas. Tuttut.... petang sabtu demam menyerang kembali. 

Hari sabtu tu MA ada wat makan-makan sikit. Jemput yang dekat-dekat je. Bukan buat besar just makan laksa utara je buat

Rabu

TIDAK BOLEH TINGGAL BERDUA KEMBAR

Wah dah masuk hari rabu, hari ni baru nak berceloteh kat dalam blog. Mood nak menulis ntah kemana menghilang. Padahal banyak citer nak dikongsikan. Kali ini MA nak citer lagi pasal kerenah si kembar. 

Kembar MA tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan sekarang ni. Ada sahaja benda dia nak di buat oleh 2 beradik ni. Terutama sekali aktiviti menggigit. Ya, ampun aktiviti ini dah jadi rutin. Mangsanye adik. Pembuatnye adalah kakak.

Berderau darah bila dia menggit sampai kulit terkoyak tau. Sabtu baru ni, MA tinggal kejap je nak masuk toilet. Baru je masuk tak sampai 10 saat dah dengar adik menangis. MA biarkan sekejap nak lepaskan hajat. Lagi lama MA dalam toilet lagi kuat sampai dah tak keluar suara adik. Kelam-kabut MA keluar. Bila pergi tengok adik tengah menunjal kakinya. Dan si kakak tengah menggigit tapak kaki. 

Ya,Allah. Mengucap panjang. Si adik berusaha melepaskan diri dari gigitan si kakak. Korang bayangkan berapa kemas dia gigit. Sampai si adik tendang dia taknak melepaskan lagi gigitan dia. MA tanpa maja pipinya baru lepas. Si adik sudah teresak-esak. Sampai muntah dia menangis. Bila MA belek kaki dia tengok dari peha sampai tapak kaki penuh dengan kesan gigitan. Yang paling teruk dekat betis, samapi terkoyak sedikit kulit. Nampak jugak sedikit darah.

MA sapu dengan minyak gamat. Sekarang alhamdulillah makin kering. Ada masa MA letak gambarnye sebab handset baru dah berada dalam tangan. Sekarang si adik fobia dengan si kakak. Pantang nampak kakak tunduk je kepalanye. 

Korang ada tips tak nak elakkan aktiviti menggigit ni.???

Jumaat

MENU WAJIB TIAP-TIAP HUJUNG MINGGU



Ini lauk tiap minggu MA buat.
Khas untuk anak-anak tersayang.
MA akan buat sikit je khas untuk anak-anak makan.
Tiap-tiap minggu wat lauk yang sama muak jugakkan.

Kenapa MA wat sup ayam?
Sebab twin cerewet sikit makan.
Nak makanan berkuah.
Nasi dengan sup atau sup makan dengan mee atau kuetiaw.

Sup ni selalu MA akan buat hari sabtu atau ahad.

Kalau hari sabtu MA buat sup, ahad MA akan buat bubur nasi.
Ala.. nasi dimasak sama ayam dan lobak je.
Buat lembik sikit dalam 1 cawan nasi confirm habis dari pagi sampai petang.
Untuk 3 orang makan.

Bila wat makanan macam ni, lagi cepat habis kalau bagi makan time dorang main takpun mandi kolam plastik yang beli hari tu.
Kalau sup makan dengan mee atau kuetiaw MA suka bagi makan masa gi main playgroud.
Confirm habis sampai nak lagi walaupun habis.

Anak-anak kawan macam mana?

KISAH BOTOL SUSU ADHA



Ku ambik dari google...


Kali ini MA nak bercerita tentang botol susu si adha.
MA memang pengguna susu botol pureen je.
Murah dan simple.

Nak dijadikan citerlakan, botol susu si adha ni ntah ke mana dia campak.
Cari tak jumpa.
Cuba test dengan botol pureen pendek macam ni


Dia minum kejap je pastu dia buang.
Dia ambik botol adiknye jenis panjang macam kat atas tu jugak.
Maka terjadila perebutan antara anak-anak MA.

Adha ni jenis kalau dia minat botol tu je jangan ditukar botol lain.
Mula-mula beli je dia nak minum pastu dia buang bila di beri lagi.

Nak taknak MA terpaksa tukarkan botol adiknye kepada yang pendek.
Si abang minum botol panjang.

Hari esok MA kemas rumah baru nampak botolnye yang hilang tue.
Sekali dah bergolek bawah katil. Patutla cari tak jumpa.
Bila ambik je botol tu MA tengok puting dia dah berlubang.
Kena gigit dengan 


Binatang ini.

Terus si adha taknak dah minum susu dalam botol panjang.
Bila dia nampak botol dia berlubang kena gigit dengan lipas.

Akhirnye berguna jugak botol pendek yang tersimpan lama dalam almari.

*** anak-anak korang macam ni.




Khamis

30 MINIT MENDEBARKAN

Kejadian ini baru je berlaku dalam pukul 8 malam tadi. Tatkala hujan turun di shah alam ku dengan anak-anak terperangkap dalam kegelapan di rumah sendiri.

Ntah bagaimana tiba-tiba sahaja rumah terputus bekalan elektrik sedangkan rumah jiran yang lain elok pulak rumahnye. Dalam hujan yang begitu lebat dan disertakan dengan kilat sambar-menyambar ku tidak tahu apa nak buat. Tambahan lagi dengan anak menangis secara berjemaah.

Sungguh ku nyatakan disini ku memang tak pandai nak buat bila fius elektrik terjentat. Inila padahnye kalau benda macam ni tidak mahu belajar.

Bila anak menangis serentak ku nak keluar mintak bantuan dari jiran pun tidak boleh. Telefon suami tak dapat mungkin tiada line maxis di sana. Anak-anak makin kuat nangis bersama hati ku sekali. Takut tak usah dikatakan lagi pujuk anak, maknye pun sama takut.

Ku gagah jugak keluar tinggalkan twin menjerit bila di letakkan. Dengan pegang payung 1, ku menjerit panggil jirangku ini yang sedang leka main game handset. Berkali-kali ku jerit namanye tapi tidak didengari. Hujan begitu lebat. Dan ketika inila muka ku terasa panas apabila ku nampak cahaya kilat betul-betul di depan muka. Ku lepaskan payung serta-merta terus masuk rumah pikul kembar.

Masuk rumah, ku lapkan muka dengan tisu basah untuk redakan bahang tadi dan berharap muka ku tiada apa-apa. Ku dah mati akal macam mana nak betulkan elektrik di rumah. Last-last ku kol kawan 1 tempat kerja mintak datang tolong. Alhamdulillah, dia datang. Dan akhirnye rumah ku terang kembali.

Twin fobia sekejap bila rumah kembali terang. Dalam 5 minit jugak baru dorang nak duduk bawah. Lepas itu baru ku masuk bilik tengok muka. Nasib baik tiada apa-apa. Kalau tak habis melecur muka ku.

Inila pengalaman MA yang takkan lupa. Di saat suami tiada di rumah benda macam ni boleh berlaku. Selama 30 minit ku dengan anak-anak duduk bergelap, 30 minit jugakla ku mendukung si kembar. 30 minit jugakla kembar dan adha menangis ketakutan.

Harap-harap lepas ini takda lagi berlaku fius terjentat.

Rabu

WW- PERTANDINGAN PALING "STUPID"


Pertandingan yang MA rasa paling "stupid".
Last-last mati hanya kerana nak menang hadiah seekor ular sawa btina ïvory - bal".

TAWARAN HEBAT SEHINGGA 15 OKTOBER 2012


Dengan setiap pembelian 5 pcs

anda akan mendapat 1 wet bag dan free postage.

S/S tambah RM 5.

Berminat?
Mesej/ telefon 0125500249

Selasa

SAYA BUKAN BOGEL!

Kalau beginila pakaiannye belum di katakan bogel, maknanye pakaian dia boleh dikategorikan sebagai separuh bogel...


BURGER TANPA ROTI


Wah nampak bestkan.
Korang tau ni burger ke apa/???
Kalau burger tapi kenapa takda roti?
Kalau nak tau ni burger atau isi ayam klik link ini:


Mesti cuba bila anda klik link kat atas tu.
Sedap sebab MA dah cuba.

Isnin

GEMBIRA HATI SEORANG IBU BILA MELIHAT ANAK BERSELERA KEMBALI MAKAN

Wah panjang betul tajuk entry kali ini. Hari ni MA nak ceritakan perihal si anak sulung. Sejak dia kerap tidak sihat baru-baru ni selera dia memang turun. Makan ada dalam 2 3 suap pastu dah taknak. Sampai 1 tahap dia luahkan balik apa dia makan.

Walaupun MA masak makanan kegemaran dia , seleranya tetap tertutup. MA risau melihat badannye yang debab ketika dulu makin nampak kurus. Dia budak yang aktif dan lasak tapi bila kurang makan macam mana nak berisi balik. Lagi satu masa kurang sihat payah sangat nak minum susu. Banyak mintak milo. MA tukarkan kepada susu coklat dia tetap tidak mahu minum. Nak jugak milo. Itu pun sebotol 2 3 kali minum baru habis.

Tapi semalam, MA happy sangat apabila seleranya kembali menjelma. MA masak apa je semalam, hanya wat sedikit sup ayam khas untuk kembar, ayam masak kurma pastu goreng ikan je. Tapi dia makan macam orang besar. Gembiranye hati melihat dia berselera. Kerenahnye semalam begitu menghiburkan. Mula-mula nak makan sendiri last-last panggil mama jugak suap. 

Bila mama suap asyik cakap "sedap". Bila tanya siapa masak "mama masak". Menyuap sambil menonton tv habis jugak 2 pinggan nasi. 1 pinggan nasi ada dalam 10 suap (besar). Tapi 1 je dengan si adha ni, dia tak berapa suka lauk sangat. Lebih suka ke arah sayur. Kalau suap ayam jangan cubit banyak-banyak kalau tak di korek balik lauk dalam mulut buang.

Semalam jugak dia sudah kembali minat minum susu. Ada dalam 10 botol kot 1 hari semam berbanding sebelum ni. 1 botol sekali minum dah habis. Tanya nak minum milo pun dia dah taknak. Tunjuk sendiri bekas susu kalau mama tunjuk bekas milo.

Si twin? makan jugak kalau mama suap si abang tapi main-main. Bukak mulut punyala seksa. Boleh masuk hujung jari je. Tapi kalau sup ayam tu di makan dengan mee atau kuewtiaw besar je mulut dia bukak. Kalau nasi dengan sup ya ampun! Banyak tumpah dari masuk  mulut. Kalau buat bubur nasi sama ayam dan sayur makan banyak. Kembar lebih suka ke arah makanan berkuah dan lembik.

Anak-anak korang macam anak MA jugak tak??? selera berlainan. Tiap-tiap minggu masak kena adil. Biar semua makan- makanan kegemaran sendiri.

Sabtu

HARI MINGGU HARI TERBAIK UNTUK FAMILY

Buat ibu yang berkerja bukan suri rumah sepenuh masa. Masa cuti beginila masa yang terbaik untuk anak-anak. Di hari ibu bapa berkerja anak-anak di jaga oleh pengasuh. Hanya masa bersama ibu bapa di waktu malam yang singkat.

Manakan tidak balik keje sudah jam berapa. Nak masak lagi, elok je siap dah anak mengamuk mahu tido. Jadi di mana masa yang terbaik untuk bermain dengan anak-anak jika tidak pada hari kite bercuti.

Alangkah indahnye menjadi suri rumah. Melihat anak membesar di depan mata. Bila sakit kite yang rawat di siang hari. Tidak perlu meminta cuti. Harap-harap tahun depan "impian" ku menjadi suri rumah tercapai atau mencari sumber rezeki di tempat lain akan termakbul.


Khamis

19 BULAN SUDAH

Hari ini genap sudah usia si twin 19 bulan.
Dah nak cecah 2tahun dah usia dorang.
Rindu pulak time dorang baby.

Alhamdulillah, twin dah makin sembuh dari sakit.
Cuma selsema je masih belum hilang sepenuhnye.
Manakan tidak kalau dapat mandi payah benar nak angkat keluar.

Si adik (aqilah) makin ligat berjalan walaupun kadang-kadang ada malasnye.
Cakap? Hanya boleh sebut mama dan bahasa yang dia sahaja fahami.
Gigi dah makin penuh.
Dah pandai dengar arahan spt suruh dia kemas balik barang dia kenjah dia akan buat.
Kuat nangis dan mengalah dari kakak.
Suka hantuk kepala ke lantai bila mengamuk.
Kuat makan tapi badan kecik macam mama.
Lebih peramah sedikit dari kakak.

Si kakak(atiqah) malas benar nak jalan.
Dan 2 tapak jatuh dah tidak mahu bangun lagi.
Cakap sama je macam adik.
Gigi kurang sedikit dari adik tapi kuat menggigit.
Arahan pandai dengar serupa adik jugak.
Kurang nangis tapi kalau dan menangis hanya TUHAN yang tahu dia punya amukan.
Kuat menyakat, mengacau adik dan abang dia.
Hantuk jugak kepala tapi dekat kepala adik dia.
Kurang makan tapi kuat nyusu.
Itu sebab badan dia debab.
Kurang peramah dari adik.
Kalau orang datang lebih banyak duduk celah mama.


Ini sahaja MA dapat kongsikan serba sedikit tentang perihal si kembar di kala usianya 19 bulan.
Kalau dulu masa ni adha dah dapat kembar.
Tapi tahun ni ku dah tak sanggup lagi bersalin rapat.
Ku merancang selagi boleh.
Biarla anak-anak besar dulu.
Kalau boleh biar adha sekolah.
Kalau suami dia kata cukup dah 3 orang.
Tapi ku mahu sorang lagi anak lelaki buat peneman si hero ku tu.
Kalau ada rezekilakan. 
Kalau takda cukup dah 3 orang.


***sorry gambar twin takda nak letak...

Selasa

"TER"CASHOUT

Hancur harapan nak tunggu jadi RM100.
Tula gatal tangan lagi gi tekan cashout.

Bukan apa,MA terkejut semalam check baru ada RM 50.
Bukak hari ni tengok dah nak dekat RM100.

Mana datang RM 50 lagi tu.
Nak kata BE paling kuat dapat RM 7.
Itupun last dapat bulan puasa hari tu.

Aslnye nak cuba kira manual betul tak amount yang terpapar.
Sekali tertekan cashout.
Takpela nak wat macam manakan.
Rezeki jugak tu.

Ini adalah kali kedua MA cashout duit nuffnang.
Kali pertama RM 50 je...
Kali kedua RM 90.++

Ok la tu kan dari takda.
Nanti dah sampai check MA buat entry ye.

TY nuffnang.
Rajin2 la berikan BE kat blog ku.

KORANG RINDU TENGOK GAMBAR TWIN LATEST????

Dah lamkan tak letak gambar twin yang terbaru.
Almaklumla handset ku punah so memang dah jarang bergambarla kan.
Baru-baru ni ada gi birthday party anak member, dorang tangkap gambar ada la terselit beberapa keping gambar twin dengan maknye.
Kalau yang rindu tu bolehla tengok.
Kalau takda klik pangkah kat tepi blog tu ye...


Gambar first mama sedang membetulkan baju.
Adik sedang berjalan dengan memegang belon.
Alhamdulillah makin laju sudah dia jalan.


Masa ni tengah bifday boy.
Kembar jugak, sorang lagi tengah merangkak tu ha.
Time pegang ni boleh pulak si adik kat sebelah tu menangis ha tengok mama pegang baby lain.
Cemburu owh!


Penat melayan sampai terduduk.
Kesian si kakak malas nak jalan.
Merangkak je dia tahu. 
Pastu berdiri kat tepi bersama suami.



Makan time.
Alhamdulillah behave je dorang duduk.
Takda ngamuk macam dulu-dulu.

 Time ni patung besar datang.
Adha orang pertama dia pegang. 
Melompat kawan tu bila pandang.
Menangis jangan citerlakan sampai malam mengigau.
Si adik sampai sudah duduk atas riba mama.
Yang berdiri tu si kakak.


Habis sudah gambar latest twin.
Kalau ada lagi nanti MA letak ye.





Isnin

BILA DIA FANATIK BOIBOI

Bila si anak teruna dah giler dengan cartoon boiboi. 
Pantang nampak gambar boiboi mesti nak.

Setakat ni dia banyak baju angry bird je.
Dulu minat angry bird.
Sekarang tukar selera kepada boiboi.

Kalau gi carefour seksyen 23 laju je dia tuju ke kedai buku.
Sebab dia tahu kat situ ada jual buku mewarna boiboi.
Setakat ni dia dah 3 koleksi buku mewarna boiboi.

Bifday dia bulan depan, ingat nak beli kek gambar boiboi.
Sekali tanya dia nak kek Boiboi ke, angry bird ke , Upin & Ipin ke atau Ultraman...



Jawapan dia:





Ultraman

Dah beralih arah lagi.
Sekarang balik rumah pengasuh dia dah tau dah 7.30 tu memang citer ultraman di siaran 611.

KENA SERANG DENGAN TONSIL

Sudah 3 hari sakit tekak.
Makan sakit, minum air pun sakit.
Mula-mula kena sampai demam 1 hari di buatnye.

Hari ni masih lagi sakit.
Makan pun tak kenyang rasa.
Hanya boleh telan sup atau makanan lembik je.

Inila akibat dari penyakit "tonsil"menyerang kembali.
Bahana makan nasi lemak hari-hari.
Pedas! Tiap-tiap hari sambal lebih.

Azabnye, makan ubat sekejap je jalan.
Pastu sakit balik.
Cepatla baik ku dah rasa seksa hilang selera makan sekejap.

Perut lapar tapi nak makan tidak boleh...