Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

SUDAH HAMPIR 2 TAHUN HILANG DAN TIDAK PASTI AKAN KU MILIKI LAGI

Salam jumaat buat teman-teman MA yang MA sayangi. Alhamdulillah, di shah alam cuaca sejuk dan nyaman kerana hujan rahmat turun di pagi penghulu segala hari.

Kali ni MA nak kongsi cerite yang sudah sama usia si kembar 18 bulan berlalu. MA rasa MA tidka pernah lagi bercerita bab kehilangan ini. Bukan tidak mahu berkongsi tapi MA redha atas kehilangan itu lalu menganggap itu bukan rezeki MA. Tapi hari ini MA terlintas nak bercerita kerana tiba-tiba orang yang buat ia hilang ungkit barang yang MA buat hilang dengan tidak sengaja awal tahun lalu. Mana MA nak cari benda yang sudah hilang hampir setengah tahun itu. Benda yang MA buat hilang bukan barang beratus ringgit tapi hanya berpuluh je harganye berbanding "barang" MA yang hilang kalau di jual 1K ke atas boleh dapat.

Apakah ""barang" MA yang hilang itu???































GELANG EMAS, CINCIN 2 BENTUK DAN RANTAI LEHER 



MA memang terkilan barang emas MA hilang. Bukan senang nak beli lagipun harga emas makin mahal. Sebentuk cincin yang nipis pun dah 3++ ke atas. Inikan gelang yang mak MA belikan dulu harga 6++, rantai 8++ dan cincin nikah dan tunang. Korang bayangkan orang yang curi gi jual dapat berapa dengan hasil emas yang dicuri dia?

Kejadian ini berlaku waktu MA dalam pantangkan kembar. Semua prosedur hospital kalau nak bersalin mana boleh pakai barang kemaskan. So seminggu sebelum bersalin MA dah bukak segalanye termasuk subang dan barang kemas yang hilang (cincin memang dah lama simpan tidak suka pakai). Simpan memang tempat yang tidak boleh orang nampaklakan kecuali suami. Lepas je bersalin MA ambik subang je pakai sebab takut lubang telinga terkambus balik. Kang tak pasal-pasal kena tembak sekali lagi.

Bila MA pantang dah nak habis kat kampung ntah macam suami yang ada kat rumah (shah alam) boleh pulak bawak keluar dari simpanan tu. Kononnye nak bawka balik hantar kat MA kat kampung. Yealakan dia drebar lori dia ingat dapat trade kelantan boleh balik hantar. Sedangkan MA takda pulak cakap suruh hantar. Masa dia bawak keluar ni waktu malam. Masa tu kat rumah MA kat shah alam ada sepupu suami (pencuri) dengan wife dia.

Nak dijadikan cerita, suami ambik barang kemas dari tempat simpanan letak dalam bag pakaian dia yang selalu angkut naik lori. Pastu terus tido. Bag tu pulak letak kat hujung kepala. Fesyen suami MA tido ni jenis tido mati. Bayangkanla anak nangis tepi telinga pun dia tak dengar inikan pulak orang bukak bag dia nak dengar. Masa dia tido nila mungkin orang tu curi. Pagi esok suami bangun nak tengok barang dah takda dan sepupu suami MA ni pun dah takda dengan wife dia. 

Puas suami MA selongkar bag dia tapi tak jumpa. Bila dia kol sepupu dia, dorang cakap dah ontheway balik pahang sebab ada hal. Memang tak syak orang lain dahla kan. Hanya dorang dengan suami jela yang ada kat rumah. Takkan hantu nak curi. Sampai sekarang sepupu suami MA tidak berani bertembung dengan kami. Memang sah dia yang salahkan.

Lepas kejadian tu suami tak bercerita dengan MA, seminggu lepas tu masa dia nak balik ambik MA baru di cerita itupun atas sebab MA suruh dia bawak balik rantai dan gelang MA. Perasaan MA masa tu marah tak terkata.  
Dia bagi tau dalam mesej MA terus kol marah sebab cuai. Benda simpan elok tapi gi gatal tangan bawak keluar sapa suruhkan? Tapi hati sorang isteri, marah setakat mana pun lembut jugak. MA hanya anggap bukan rezeki MA. Dan ntah bila lagi MA nak dapat beli MA tidak tahu.

Bila MA citer kat mak MA melentingla dia. Sebab rantai adalah hadiah dari mak. Bukan senang nak dapatkan. Tapi hari ini, suami tiba-tiba suruh MA cari balik kad yang anak MA buat hilang awal tahun hari tu. Geram tak? Kad hanya bernilai tak sampai 1++ dia nak marah sedangkan barang MA bernilai lebih dari 1K takda pulak MA nak bising. Takpela ku akan anggap ini asam garam rumah tangga.

MA satu je sikap MA tidak suka. "KUAT MENGUNGKIT".


***ini hanyala luahan hati MA. 

2 ulasan:

Nens Collection berkata...

sabar ye kak..mmg asam garam kehidupan kak..kalo sabar boleh dibeli marah boleh dijual..mmg aman hidup berumah tangga..huhu

ArELeEz berkata...

buat baik dibalas baik. tp, klu buat jahat.. sendirik mau ingtlah! sabor, ye.