Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

SENYUM SELAGI MAMPU

Gambar tak semengah orang cakap. 


Gambar hari ni dengan semalam semua ditangkap semasa majlis open house di office MA. Meriah sangat-sangat sampai tak larat nak makan dan kepanasan. Tiap-tiap tahun office MA ada membuat majlis rumah terbuka.

Gambar di atas gambar waktu pagi di office. Masa ni MA kelam kabut sikit datang office. Jam 6.30 pagi baru MA dengan suami sampai rumah sebab twin kena tahan di zon kuning HTAR. entry pasal ni MA akan citer di lain hari.

Korang bayangkan dengan tak cukup tido terus nak bersiap ke office. Sampai rumah bagi tido twin kejap sebab nak iron baju. Tapi sekali MA terlelap. Sedar-sedar jam 7.30pagi. Itupun suami yang kejutkan. Bingkas bangun iron baju takkan nak pakai baju kedut pulak.

Sampai office dalam kul 9 pagi setelah settle segalanya kerja. Sampai orang pun dah ramai kat office. Mata tak usah cakaplakan, mengantuknye hanya Tuhan yang tahu. Kalaula dapat balik sambung tido kan bagus.

Jadila senyum mampu di ukir. Tapi kejap jelakan. Tengah hari ku lari masuk surau rehatkan badan kejap., Sebab mata dah berpinar dek bahang kepanasan + tidak cukup tido.

1 ulasan:

PinkUmmi berkata...

okey pe pic nih...idakla tak semenggah mane pun..hehehe