Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

PENYELAMAT DI KALA ANAK KENA CIRIT - BIRIT



Memang jadi penyelamat sungguh-sungguh pakai CD time anak kena cirit-birit.
Leceh ???
Bagi orang mula-mula pakai mungkin rasa sedikit leceh dan susah nak handle.
Yeala time dia cirit-birit banyak memang akan melimpah sedikit kat tepi CD.
Tapi MA rasa ianya perkara biasa sahaja.
Kalau pakai DD pun kadang-kala bocor jugak time anak cirit-birit.

Bila pakai CD time anak sakit macam ni jimat poket kita.
Bayangkanla hari pertama kena cirit-birit satu paket DD kecil saiz L MA guna untuk twin habis.
Manakan tidak, tidak sampai 15 minit tukar DD dah kena tukar lain.
Sampai satu tahap tidak sempat pakai dah tercicir di jalan.

Bila pakai CD 1 hari hanya pakai 15 keping dengan 1 insert.
Malam terus basuh dan keringkan bawah kipas, esok boleh guna kembali dengan insert yang lain.
Owh ye, setiap CD disertakan dengan 2 insert. 
Insert ni payah kering berbanding dengan cover CD.
MA hanya pakaikan twin dengan 1insert  time cirit-birit ini je.
Sebab dia kerap membuang tapi kalau hari biasa MA pakaikan dengan 2 insert boleh tahan sampai 4 jam sekali.

Dengan kata lain, CD penyelamat duit poket time anak sakit macam ni.
Kalau sorang anak mungkin tak kisah beli DD tapi kalau double memang parak poket nak beli DD.

2 ulasan:

Kak Izan berkata...

sangat setuju.. :D

Nens Collection berkata...

a'ah kan..kalo cirit birit mau berpuluh keping habes..mmg menjimatkan..;)