Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

MUNTAH SEPANJANG MALAM

MA dalam mood masih tak cukup tido. Manakan tidak twin kakak telah diserang demam kembali dan sekarang telah diberi antibiotik. Kalau masih tak kebah kena datang balik check darah.

Rasanye sudah 2 minggu MA tidak dapat tido yang lena. Sampaikan rasa badan ni dah tak terdaya nak melayan anak-anak di tengah malam. Sampai satu tahap MA mengurungkan diri dalam bilik buat seketika bagi menenangkan fikiran.

Malam tadi dugaan datang lagi. Adha pulak ntah kenapa muntah sepanjang malam. Muntah hanya keluar air biasa bukan susu atau milo. Tido kejap muntah. Pastu muntah lagi. Rasanye ada dalam 6 kali dia muntah.

Bila dah okey sikit MA nak tido sambung pulak dengan si kembar bangun nak susu. So di waktu bila MA dapat tido nyenyak walaupun hanya 1 jam? Takda harapan.

Agak-agak korangkan, adakah adha jadi macam ni sebab dia tak minum susu? Tapi dia makan nasi. Adakah muntah terjadi sebab perut masuk angin? Pagi ni dia membuang air besar agak cair sedikit. Tapi banyak..

Telefon pengasuh tadi okey pulak dia main tapi susu taknak minum. Banyak air masak. Makan pun kurang. Erm,,, risaunye dalam hati. Janganla memudaratkan penat yang lepas masih belum hilang.

2 ulasan:

Che Rosliza Che mat berkata...

si kembar tak sihat ya...syifa jarang sakit...

Nens Collection berkata...

semoga cepat sembuh buat anak akak..dugaan ade anak kan..pahala sume tu bg ibu2..;)