Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

HATI KU TERGURIS DENGAN KATA-KATANYA

Ntah kenapa hatiku terasa sakit sangat sampai rasa tak sanggup melihat wajah orang tu? Siapakah dia untuk mengatakan sedemikian sedangkan dia sendiri tiada zuriat dan tidak tahu bagaimana perasaan seorang ibu bila anak sakit?

Tidak perlu la cakap " time inila anak nak sakit"!!! Bukannye ku tahu bila dan pukul berapa anakku nak sakit. Bukannye ku ni TUHAN untuk menentukan tarikh sekian-sekian anak ku akan sakit.

Ku begitu terasa dengan perempuan ini. Kau jugak seorang perempuan. Takkan tak faham dan tersentuh bila budak atau bakal anak kau akan sakit. MA bukanla jenis nak suka bambu orang tidak tentu pasal tapi kalau korang kena kat tempat MA apa perasaan korang.

Kadang-kadang pikir mungkin dengan kat-kata dia inila dia tidak dikurniakan cahaya mata lagikan. Mungkin TUHAN belum mahu berikan dia rezeki disebabkan mulut dia yang "jelabas" dan tidak memahami hati sorang perempuan yang bergelar ibu!

Moga Allah berikan hidayah kepadanya. Bila dia ada zuriat sendiri baru dia tahu betapa risau hati seorang ibu bila anak sakit. Dan baru dia tahu bagaimana letihnya ibu bersengkang mata menjaga anak-anak. 

4 ulasan:

✉ ¥ana Fauzi ✉ berkata...

Sabarr yeeee MA :)

Kak Izan berkata...

Sebab pulut..santan binasa... ish ish ish.. tak patut... tak per.. Allah lebih tahu... kita doakanlah dia.. semoga satu hari nanti dia sedar.. sabar yer.. :D

Nens Collection berkata...

nens pon pernah lalui dgn org yg mcmni..dh la lelaki..da kawen tp xde anak..nnt kalo ko ade anak nnt..ko bagi alasan tu aku bamboo ko balik..hah..tetiba emo neh..hoho

PinkUmmi berkata...

sangat kurg ajar org tuh...mulut xde insurans...