Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

GUNDAH - GELANA HATI SEORANG IBU

Sudah hampir ke 3 minggu si hero ku sorang demam. Tapi jenis kejap hilang pastu datang balik. Kiranye masih belum betul-betul kebah demam yang datang. Isnin baru ni dah bawak pergi klinik check darah tapi darah okey takda jangkitan. Cuma darah merah je rendah sedikit. Kena datang balik bulan depan check darah lagi.

MA risau dalam hati tengok anak demam tak berhenti. Anak yang aktif di kala sihat tiba-tiba asyik merengek je bila badan kurang sihat. Alhamdulillah kembar dah beransur okey cuma cirit-cirit masih belum hilang sepenuhnya. 

Hati ini nak sahaja duduk rumah tengok sendiri adha time kurang sihat. Tapi apakan daya cuti dah tinggal tak seberapa. Bulan ni sahaja berapa kali dah MA ambik "time sleep" bila gi klinik. Tahu sahajala kalau pergi klinik kerajaan. Kalau duduk tak sampai 3 jam tidak sahla kan. Memang slow dan lembab perkhidamatan dorang. Kalau bawak anak kecik sampai dah letih nangis belum tentu boleh siap awal.

Kalau malam ni masih belum kebah hajat di hati nak try gi swasta pulak. Kite dah cuba yang goverment tapi dah tak jalan ubatnye. Kite kena try pulak cara lain. kadang-kadang teringin jugak bawak berubat secara perubatan islam. Kawan-kawan tahu tak kat mana tempat boleh bawak gi berubat. Nak try ambik air penawar pulak mana tau boleh sembuh.


4 ulasan:

Nens Collection berkata...

cuba kak..mest ade ubatnyer..;)
semoga cepat sembuh buat anak akak ye..

Kak Izan berkata...

Semoga dipermudahkan.. kat gombak ada.. Pusat perubatan Syifa'..

PinkUmmi berkata...

cube try pergi Darul Syifa'

mamafarah4 berkata...

ye kalau nak perubatan lain try gi darul syifa la..Insyaallah..Apapun kita mencuba yang terbaik,mudah2an diberkati..