Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

DEMAM BERJANGKIT


Mata ni mengantuknye apabila tido yang tak berapa nak cukup. Kepala pening tidak usah nak cakapla kan. Berpinar mata dibuatnye. Inila pengorbanan seorang ibu untuk mebesarkan anak-anak.

Anak-anak MA semua tidak sihat lagi. Kakak masih demam bila malam menjelang. Adik sama jugak. Kemudian di sambung pulak dengan si adha pulak malam tadi. Baru nak hilang penat timbul pula yang baru. Dugaan menjaga anak-anak yang masih kecil dan mudah berjangkit bila dapat sakit.

MA susah hati bila anak-anak MA mudah kena demam malam. Bila kena MA tidak risau pasal MA tidak cukup tido tapi MA risau kalau makin teruk takda siapa nak tolong bawak gi hospital. Suami MA keje memang jarang ada kat rumah. Bila anak demam MA rela berjaga takut panas terlalu tinggi tidak disedari.

Semalam, si kakak disyaki kena penyakit demam campak atau HFMD. Bawak gi klinik doktor sendiri tak dapat nak pastikan apa. Nak kata campak naik kat kaki je. Kat badan naik bintik merah je. Kaki yang naik biji berair besar-besar. Nak kata HFMD bawah tapak kaki takda naik biji berair, kat tangan pun sama cuma ada biji merah atas tangan macam kena gigit nyamuk. Dalam mulut ada sikit ulser. Kat kawasan bontot ada kesan ruam atau melepuh. MA tak pasti kenapa. Tapi biji tu mula-mula naik macam campak jugak berair sekarang dah kering nampak kasar. Adkah kesan pakai dd baru-baru ni?

Hari ni si adik pulak dah start naik biji air. dekat bontot dan kaki juga. Badan penuh ruam halus. Mesti berjangkit dengan kakaknye. Risaunye hati MA kalau betul kena campak atau HFMD pengasuh anak-anak awal cakap dia tak nak jaga sebab dia pun ada anak kecil takut berjangkit. MA kena ambik cuti la jawabnye. Tapi harap-harap bukanla.

Pagi ni bekalkan air kelapa kat pengasuh suruh bagi kat twin minum. Kalau betul makin banyak keluar maka confirmla anak MA kena demam campak. 

2 ulasan:

Kak Izan berkata...

Kalau akak laa.. Dr. di klinik tak pasti akak akan bawak ke hospital.. rasanya itu solution lebih baik dari kita menjangka itu dan ini.. takut salah jangkaan .. kita juga yang merana... :D.. untuk anak2.. semoga cepat sembuh... Syifakillah... amiiinn

mamafarah4 berkata...

cuba bawak klinik lain pulak la.. anak saya yg kecik baru2 baru kene sakit kaki tangan dan mulut.klinik ke2 baru dpt kesan sakit tu..mmg seminggu la cuti.. Harap awk byk2 bersabar..