Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

ALHAMDULILLAH SUDAH MULA MELANGKAH

Ku ingatkan bila dah hidup broadband bolehla update dengan pantas tapi macam tidak sempat je. Elok bukak je ladtop si adha dah mintak nak tengok video truck control. Nak tengok kena bagi kembar tido kalau tidak berebut dengan abangnye. Adala pulak adegan tolak menolak dan nangis bagai nak pecah rumah.

Berbalik pada tajuk, ku bersyukur ya Allah, akhirnye si kembar mula melangkah dengan sendiri tanpa perlu di pimpin tangannye. Cuma orang kata takda la laju lagi macam orang dah pro kan.

Ku berpegang pada yang satu, belum sampai masa dia nak jalan jangan di paksa walaupun pada mulanye ku jugak berasa sedikit risau atas kelewatan pembesarannye. Manakan tidak di kala usianye 18 bulan baru nak boleh melangkah dengan sendiri.

Akhirnye tercapai jugak impian ku nak membeli kasut buat si kembar. Raya haji seronokla dorang mengexplorekan diri berjalan sendiri. Mama pulak kena tambah energy nak mengejar dorang lepas ni.


1 ulasan:

mamafarah4 berkata...

hehehe..tak lama lagi panjang la langkah kembar ni.. memang laju jer la kalo gi memanerr kang..