Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

SAYUR ASAM KELADI

insan dari pak google

Sedap sehingga menambah meratah sayur keladi ni.
Balik kampung hari tu, mak MA masakkan untuk MA.

Ini adalah salah satu lauk kegemaran MA.
Sejak beersalinkan kembar baru sekarang MA berani makan sayur keladi ni tau.
Itu pun setelah mak benarkan.
Kalau tak MA tak berani nak makan.

Kat kampung tak gaduh nak gi kedai cari keladi.
Belakang rumah mak saudara MA ada tanam.
Gi je mintak sikit nak masak dapatla.

MA tak berani masak sendiri sebab takut salah masak jadi gatal bila makan.
Pernah kena sekali tapi bukan MA yang masak.
Azab owh...
Nak bagi hilang gatal nenek suruh hisap gula dalam mulut.
Insyallah akan beransur hilang.

***pst.. korang suka makan batang keladi atau ubi dia?


Tiada ulasan: