Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

MELATIH SI KEMBAR TIDAK TIDO BUAI WAKTU MALAM

Buat pengetahuan kawan-kawan twin MA malam memang tido dalam buai sampai pagi. Ntah kenapa jadi macam tu MA pun tidak tahu. Kalau tido bawah kejap je dia tido pastu bangun main. Letih melayan dorang baik MA bagi tido buai je senang.

Sejak tukar pengasuh, waktu siang memang dorang tido bawah je. Spare buai memang tidak guna langsung. Rugi duit upah tebuk siling rumah pengasuh baru dan beli alatan buai. Tapi bila balik rumah hari minggu dorang tetap nak buai ajar tido bawah mengamuk bagai nak cabut nyawa.

Tapikan, balik dari bercuti baru ni twin dah ubah trend dorang. Malam nak tido bawah pulak. Letak dalam buai henjut mengamuk marah. Wat penat je henjut tapi bukan dorang lelap siap boleh main duduk dalam buai. Pastu sengih. Mungkin salah satu sebab dorang taknak tido buai mungkin pakai subang.

Kenapa kena mengena dengan subang?

Bila dorang tido buai subang dorang ni kerap sangat tersangkut kat lubang jaring kain buai tue. Sakitlakan. Kalau MA tak sedar subang dorang dah tercabut. Nak pasang balik jenuh nak kepit dorang.

Hari pertama dorang tido bawah, mengamuk sebab dua2 nak dok celah mama. Lagi mama wat tak tau lagi kuat dorang jerit bagai kena pukul. Sampaikan si adik selak menangis kebiruanla. Bersentuh sikit dengan kakak pun mengamuk. Last sekali dorang tertido dengan keletihan akibat menangis.

Hari kedua, berkurang sikit mengamuknye. Senang je. tutup lampu, bagi susu terus tido. Tapi dengan syarat mama kena baring sekali. Twin kena letak kiri kanan mama.

Hari ketiga, alhamdulillah bagi susu mama dok kat dapur sedar-sedar dah senyap. Rupanya dah tido 2 beradik. Harap-harap malam ni twin okey dah nak tido bawah.


2 ulasan:

mamasaly berkata...

MA... memang begitu ragam anak2 kan..macam2 karenah nak membesar ..sabar jer la jawabnya kita ni ..hehe.. bagi saly senang tido bawah .. sebab buai kena hayun lg.,.letih di buatnya kan.. anak saly pun dari baby lg dah latih tido bawah.. cuma wktu siang jer kdg2 nk buai juga..

nur berkata...

mmg senang bila tak perlu tidurkan anak dalam buai... mcm anak2 saya pun, kat mana dia org penat, kat situ la akan tertidur, ekekek