Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

D.L.C.W WIRA NEGARA


Hari ni baru nak tulis entry pasal dato' lee chong wei.
Yeala kan, balik kampung broadband takda line jadi macam mana nak tulis entrykan.

Berbalik pada tajuk, habis je berbuka dan solat maghrib pakat berkumpul depan tv.
Excited nak tengok DLCW lawan dengan Lin Dan.
Dalam hati harap sangat-sangat DLCW menang tapi harapan tak terlalu tinggi.
Sebab agak mustahil untuk kalahkan Lin Dan.

Bukan pertama kali DLCW bertemu dengan Lin Dan.
Kalau bertemu memang jarang menangnye kecuali Lin Dan tarik diri.
Adala harapan pingat emas untuk negara.

Tapi apa pun MA cukup suka tengok DLCW main.
Bersungguh-sungguh dia bermain.
Hanya kalah 2 mata sahaja.

Sedih memang sedih tapi bersyukurla atas apa yang ada.
Dapat pingat perak pun dah kira okey dari takda langsung pingat.

Tahniah DLCW...


***pst ... berani sungguh "orang" kutuk DLCW

Tiada ulasan: