Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

CITER-CITER TAYA (last)

Hari ini MA nak habiskan jugak citer-citer raya MA satu family. Malas dah nak simpan dalam draft walaupun takda gambar. Sedihnye. Tunggu en suami gaji baru nak gi studio tangkap gambar.

Pagi raya keempat, MA beraya dekat sekitar rumah mak MA je. Dah raya ke-4 kan macam tak seronok dah sangat nak berjalan. Pergi rumah member pun banyak yang dah start masuk kerja. MA je cuti seminggu itupun sebab office suruh ambik cuti coz office tutup 1 minggu.

Selepas beraya di sekeliling rumah kami bergerak ke rumah kakak MA yang duduk tak jauh dari rumah mak. Tapi kena naik kereta jugakla untuk ke sana. Jalan kaki tak boleh jauh jugak. 

Habis je beraya rumah kakak, kami bergerak pulak ke pekan Lenggong untuk mencari "GAS". Mana taknye, kami sampai malam tadi mak cakap mak tak masak gas habis. Merata kedai tutup dah kehabisan stock. Kami makan maggi je malam tadi sebab lapar. Gi cari kat pekan pun gas habis dan kedai tutup. Makanye balik dengan hampa.

Owh lupa nak mention, masa gi berjalan raya ni hanya MA, suami dan anak-anak je. Mak tidak ikut sebab ada jiran wat open house. Mak kena tolong masak. Bila dah takda gas nak masak kami pergi makan kat open house tu la kan. Nasib baik jiran tu MA kenal dan mak tolong masak. Kalau tak mahu segan jugak nak gi makan. Tidak pasal-pasal kena gi cari kedai makan yang tak banyak bukak lagi.

Habis je makan, kami lepak je kat rumah sembang-sembang dengan mak. Lepas rindu yang terpendam. Cewah! macam berbulan-bulan tak jumpa mak. Padahal baru je balik 2 minggu sebelum raya. Lebih kurang jam 5 petang kami dengan mak bergerak ke pasar malam. Kononnye nak cari makanan nak makan petang. Tapikan, bila sampai banyak kedai jual lauk basah je. Makanan goreng tidak ada. Hampa dengan perut yang berkeroncong. Inila jadinye kalau tiada gas di rumah.

Malam pulak kami sefamily gi makan kat kedai di Tasek Raban. Suami dengan MA order nasik ayam, adik bongsu makan mee bandung dan adha makan kuetiaw sup ayam kongsi dengan kembar. Mak? tak ikut sebab mak dah makan nasi yang dibungkus dari rumah kenduri petang tadi. Twin kakak masa ni pun tak ikut MA tinggal di rumah sebab sedang tido. Hanya adik je ikut.

Masa gi makan ni la kejadian tidak diingini berlaku kepada adik (twin). Lepas je makan en suami gi ambik kereta dulu sambil bawak si adik. Bagi peluang mama nak makan pulak. Yea la kedai tu tidak menyediakan kerusi makan baby. Jadi payah nak makan sambil pegang adik. Bila dah siap MA makan suami tunggu dalam kereta depan kedai. Selalunyekan, kalau suami bawak naik adik automatik dia akan letak adik disebelah pemandu. Ntah macam mana nak jadi citer, si suami suruh MA bukak pintu belakang sebelah pemandu. MA bukak dengan tidak tengok apa dalam kereta, tiba-tiba gedebub si adik jatuh ke atas jalan. Menjerit MA!!!!!!!!!!...

Dalam hujan, si adik jatuh dengan bersaksikan orang ramai di kedai makan. Menitis jugak air mata MA. First time anak jatuh. MA marah dekat suami sebab cuai. Dah tau anak kat pintu tu kenapa suruh MA dengan adha naik ikut situ. Dan satu lagi kenapa biarkan adik kat belakang. Lepas jatuh dekat 10 minit jugak adik menangis je. Lepas pujuk, lap air hujan kena muka tadi dan tengok tak da luka baru kami gerak balik rumah mak. Kami pakat rahsiakan hal ni dari mak. Sebab mak tentu bising bila dengar cucu dia jatuh macam tue. Malam tu kami tido dengan seribu rahsia dari mak.

Pagi esok, muka si adik dah mula nampak calar dari kesan malam tdi. Masa ni dah memang takleh rahsia dengan mak. Mak terus tanya nak taknak kena citer. Alhamdulillah mak tak marah cuma mak cakap kami cuai. Suami diam je sebab dia tau salah dia. Habis je kami sarapan (beli roti canai je), kami pergi pulak pekan kecik berdekatan dengan rumah sebab nak gi cari gas. Mak nak masak jugak sebab petang nanti MA dah nak balik shah alam. Alhamdulillah, stock gas dah ada di kedai. Mak pergi cari lauk, mak nak jamu anak dia makan nasi jagung, ayam masak merah, ikan bakar dan laksa.

Sedap owh..... Nasi minyak mak suami tambah 2 kali. Laksa ku tambah 3 kali. Nasi sepinggan tak habis. Dah kenyang makan laksa. Kakak dengan suami dia pun datang makan-makan di rumah mak. Yeala bukan selalu boleh berkumpul macam ni. Kalau MA balik suami jarang ikut sekali sebab payah nak cuti. Lepas makan suami dengan anak-anak tido sebelum bergerak balik ke Shah Alam. MA ambik masa ini untuk kemas barang masuk dalam kereta.

Jam 4 petang MA gerak balik Shah Alam. Makanye raya ke-4 kami dah balik. Habis semua plan tak jadi. Kononnye nak makan kenduri jiran kawin dan berpiknik di Teluk Batik. Tapi semua tinggal harapan bila suami terpaksa pulang berkerja. Walaupun sekejap aje kami bercuti tapi kami happy dapat jugak meluangkan masa bersama FIL,MIL dan Mak. I Love U All.

Bila dah pulang shah alam makanye aktiviti kami anak beranak lepak di rumah jela. Suami dah kerja MA tak tau nak gi jalan mana. Petang bawak anak-anak main kat padang shah alam. Layan adha main bola. Itu jela aktiviti kami.


***akhirnye habis jugak citer-citer raya MA.

Tiada ulasan: