Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

CITER-CITER DI HARI RAYA (part 1)

Oleh kerana handset merangkap kamera MA rosak makanye gambar beraya tahun ni takda. Waaaaaa... nak nak nangis ni. Tapi takpe suami cakap nanti nak gi kedai gambar nak tangkap gambar 1 family. Pastu frame besar-besar letak kat dinding.
 
Tahun ni MA beraya di rumah MIL dia sungai Sam, Kuala Krai Kelantan. Seronok sungguh sebab famil FIL dan MIL ni ramai. Meriah denga suara anak -beranak dan cucu yang ramai. Best sebab keluarga MA hanya 3 beradik je.
 
MA bertolak balik rumah MIL pagi sabtu 18 August 2012. Hari orang buat ketupat baru kami sekeluarga bertolak. Kalau ikutkan malam sabtu tu dah bertolak tapi apakan daya suami MA kul 2 pagi baru habis keje. Takkan nak bertolak macam tu je. Dahla suami drive sorang. Bukan tak boleh bergilir tapi kalau waktu siang memang takleh, twin ngamuk nak duduk dengan MA kat depan taknaknye duduk dengan ayahnye.
 
MA bertolak dari shah alam lebih kurang jam 11 pagi. Ontheway perjalanan singgah MCD bungkuskan bubur nasi anak. Inila akibatnye bila mama dah malas nak kotorkan dapur bila nak bercuti lama. Beli 2 bekas bubur MCD. Habis satu bekas je satu lagi sambung makan rumah MIL.
 
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan pulang rumah MIL lancar je. Cuma sangkut kejap dekat dengan tol gombak. Ntah apa sebab yang jem pun MA tak tau. Kereta takdala banyak mana. Ramai dah orang balik 2 hari sebelum tu. Termasuk SIL MA. Sangkut jem kul 2 pagi baru sampai rumah MIL.
 
Bila jalan lancar anak-anak alhamdulillah tak meragam dalam kereta. Cuma penat melayan kerenah twin yang dah besar ni. Berebut mama yang satu ni. Kalau MA dok tepi tingkap mulala pakat berebut nak tido atas peha MA. Kalau tak dapat, bingit satu kereta dengar dorang menjerit. Bukan setakat menjerit ada je la adegan dorang bergaduh sama sendiri. MA dah lali aksi tarik rambut, tarik baju, ketuk dengan botol, dan aksi mengigit. Kalau nak dorang senyap tunggu dorang tido.
 
MA dan family sampai rumah MIL dalam jam 6 petang. Sampai je tengok SIL dari kedah dan Bahau dan sampai awal dari MA. Ok la tu kan. Janji semua selamat sampai. Masuk rumah mulala adegan si twin mengamuk taknak dengan orang. Nak masuk toilet pun jadi susah. Cuma nak dengan MA dan suami je. Penat owh. Pergi ke dapur sambil kendong dua orang kembar kiri dan kanan. Mujur makanan semua dah siap masak. Tunggu nak dihidang je.
 
Bila berkumpul di rumah MIL memang seronok. Berbuka puasa macam kenduri dah jadinye. Dari hujung sana sampai hujung sini penuh ruang rumah. Makanan pun banyak. Habis semua di makan. Muka FIL pun nampak ceria bila anak-anak berkumpul setahun sekali macam ni.
 
Bila sahaja pengumuman raya diumukan di kaca tV. Bunyila mercun di mainkan oleh adik ipar umi. Siap ada mercun bunga api macam sambut Tahun Baru tu. Berapa das MA pun lupa. Tapi kat sini kenangan MA takleh lupakan. Dan jadi pengajaran buat adha.
 
"Dalam dok sibuk anak saudara MA main bunga api, si adha ni nak main jugak dengan pantauan MA. Tapi nak dijadikan citer ntah macam mana anak SIL ni bawak kuar bunga api kertas tu(ada belang), tapi rupa macam masuk angin. Yeala bila adha pegang batang dia lembik je tapi masih menyala bila di cucuh. Oleh kerana lembik adha ni pergi pegang atas dekat dengan api. Terkejut MA, goncang tangan dia suruh lepas dia boleh wat tak tau je. Bila dah dekat dengan tangan dan terkena sikit kat tangan apa lagi menjeritla dia. Terus bawak naik letak minyak gamat. mujur melecur sikit je. Lepas kena sampai sekarang dia taknak main. Bila tanya nak main bunga api tak. Adha jawab " tak nak, anti kena angan". Sambil tunjuk tempat kena api."
 
Malam raya paling indah MA rasakan di mana riuh dengan anak-anak saudara yang ramai. Sepupu adha yang lasak. Banyak lelaki dari perempuan. Bila time tido bergelimpang kami semua di ruang tamu rumah FIL. Nyenyak rasa tido, sebab cuaca yang sejuk bersertakan dengan hujan.
 
 
***entry ni MA post melalui email.

Tiada ulasan: