Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

BILA ANAK TERUNA TERPENGARUH DENGAN UPIN & IPIN





Tebal muka dengan anak teruna MA sorang.
Dah pandai tiru segala apa yang dia dengar.
Kelakar ada, malu pun ada.

Kesnye terjadi minggu lepas kot.
Tempat di pasar ramadhan.
Sebab apa gi pasar ramadhan, anak teruna MA mengamuk nak kuih.
Nak taknak MA gi jugak beli kuih 3 ketul RM1.20.
Masa ini kejadian itu berlaku.

Sampai je kat kedai kuih tu boleh dia jerit:

"2 singgit- 2 singgit"

Gelak makcik jual tu.
Pastu semua orang tengok. Mana dapat ntahla ayat tue.
Rasanye terpengaruh dengan upin & ipin dah.
Sapa ntah nama watak yang cakap ayat tu?
MA lupala.

Tapi sampai sekarang, trade mark dia bila nak gi beli kuih:

"ma, li kuih 2 singgit".


3 ulasan:

PinkUmmi berkata...

hehehe..kuatnya pengaruh upin dan ipin...

Tanpa Nama berkata...

mail!! ;D

saly@mama-i berkata...

mail punye dialog tu.. hehe.. memang gitu ank2 bila dh besar kan.. tajuk kartun semua dia tahu..:D