Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

ALHAMDULILLAH LANGKAH PERTAMA SUDAH KELIHATAN

Akhirnye di kala usia nak cecah 18bulan twin si adik dah mulakan langkah pertama dari si kakak. Alhamdulillah ya Allah. Ku bersyukur padamu akhirnye keinginanku ingin melihat permata hatiku berjalan akhirnye terlaksana.

Bukan ku tidak percaya pada takdir, tapi ku tidak mahu orang membezakan anakku dengan anak orang lain. Ku percaya bahawa semuanye telah ditentukan oleh mu Ya Allah.

Petang semalam, di rumah pengasuh ku dirikan si adik dan lepaskan tanganku. Ku sebut tatih, alhamdulillah dengan langkah 5 tapak si adik akhirnye berjalan ke arahku. Gembiranye hati tidak terkata. 

Sebelum ni adik berjalan kalau di pegang tangan sebelah memang laju je jalanye. Cuma gayat nak lepas tangan lagi. Seperti jugak meniti di tepi dinding, kerusi atau katil. Laju je jalan. Kalau bab memanjat tak usah citerlakan. Kerusi makan dia panjat sampai atas meja dia duduk.

Sekarang cuma tunggu si kakak untuk berjalan. Kakak ni cengeng sikit sekarang. Mengalahkan adik. Berat bontot. Pegang tangan sebelah suruh jalan danla 2 tapak pastu dia duduk sebab letih. Mana taknye budak domok ni dah berat nak dekat 10kg. Kuat minum susu tapi makan kurang. Kalau bihun goreng/sup, kuetiew sup, dan biskut laju je dia makan. Kalau nasi tengok mood dia.

Harap-harap raya haji ni, kedua-dua kembar MA dah berjalan. Tak sabar nak belikan kasut kat dorang.


***pst.. entry semua yang ditulis umi send by email.

Tiada ulasan: