Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

9 HARI LAGI PERSIAPAN MASIH BELUM LENGKAP

Korang dah siap ke persiapan raya?
MA masih belum lengkap sampai sudah. 
Ntah kenapa mood raya macam takda je.

Baju anak-anak pun masih belum lengkap.
Baju kurung twin, baju melayu adha, kasut anak-anak belum lagi beli.
Baju MA dan suami?
Lagila belum, 1 pasang pun belum ada.

Kalau dulu mak kat kampung tolong tempahkan tapi tahun ni takda.
Sebab lupa hantar kain  la. 
Nak beli hantar mak kata tukang jahit dah tak nak terima.

Jadi tahun ni MA pakai baju siap dah je kot.
Beli je yang murah-murah janji ada.
Tahun ni bersederhana je sebab pas raya banyak lagi nak guna duit.
Berjimat lagi afdal dari membazir.