Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

1 MALAM MESTI MEBAZIR 2 KEPING

Angin je MA, 2 malam ni dengan perangai anak sulungku.
Rasa membazir je bila dia buat macam tu.
Bukan tak nak ajar tapi letih sebab dia jenis penggeli.

Dah 2 malam ni anak sulung MA buat perangai.
Dia sudah pandai cakap nak "yak".
Tapi still nak buang dalam pempes.
Kalau kencing pandai pulak dia lari masuk toilet.

Bukan apa tau, rasa rugi je pakai pempes ni.
Belum sempat penuh dia dah "yak".
Kalau sekali takpela.
Ni tak, baru membuang sikit dia dah ngamuk suruh basuh.
Dah basuh, pakaikan sekali lagi pempes sebab nak tido boleh pulak dia bantai "yak" sekali lagi.
Angin owh....
Kan dah jadi membazir.

Payah sungguh kalau dapat anak jantan jenis penggeli ni.
Pernah ajar "yak" dalam toilet dan pernah berjaya.
Tapi bila najis masuk lubang dia dulu lari mencecek kegelian.
Adoila anak!

Jangan kata "yak" sendiri geli, kasut dia basah pun dia taknak pakai.
Tambah lagi kalau kaki terpijak pasir atau rumput di padang.
Menjerit suruh sapu kaki dia.


***pst.. ada tips tak nak atasi masalah geli anak teruna MA ini?

1 ulasan:

Che Rosliza Che mat berkata...

ooo pengeli ya...tak ada tiplah...