Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Tips Nak Senang Uruskan CD (Cloth Diapers)






Umi nak kongsikan tips nak menyenangkan pakai Cd ni buat mummy semua. Yela ramai orang kata CD ni menyusahkan termasuk pengasuh anak-anak umi sendiri.

Buat kawan-kawan yang ingin mencuba, CD ni memang nampak renyah di mata setengah orang tapi menjimatkan poket anda.

Tips - tips yang umi nak kongsikan adalah:

  • Jangan suruh pengasuh basuh CD : Kenapa umi berkata sebegini? Jika anda menyuruh Pengasuh (bs) cuci CD anda ini akan membuatkan BS tidak mahu menjaga anak anda lagi atau dia akan mintak anda hantar DD ke rumah dia.
  • Lapikkan Nappy Liner : Nappy liner akan mudahkan anda menyucikan CD itu nanti sekiranya baby poo po.. Bila Cd di lapikkan dengan nappy liner najis yang di buang tidak begitu banyak melekat di cover CD. Jadi tidak teruk anda untuk menyucikan cover nanti.  
  • Masukkan insert siap-siap dari rumah. Ini akan memudahkan bs @ diri sendiri nak pakaikan kat anak nanti  

  •  Cara basuhan pulak : ikut kepada diri sendiri sebenarnye. ada yang basuh hari2 dan ada yang basuh 2 @ 3 hari sekali. Ini ikut kepada berapa banyak CD anda. kalau sikit makanye hari2 kena basuh. kalau banyak buatla 2@3 hari basuh. 

    • Kalau nak tunggu 2 @ 3 hari basuh pastikan anda asingkan yang mana ada najis baby dengan yang cd kencing sahaja.

    •  kalau CD yang ada najis pastikan anda cuci dulu sebelum di letakkan dalam baldi untuk mengelakkan binatang yang tak diingin membuat sarang dalam CD anda.
    Ini tips yang umi boleh kongsikan. Harap boleh membantu kawna-kawan yang mahu mencuba berCD untuk anak-anak.

      Tiada ulasan: