Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Selalu Ku Dengar Kini Ku Melihat Didepan Mata.

Bagaimana perasaan seorang ibu tegar menjual anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari.
Tidak timbulkah perasaan kasih sayang terhadap anak.
Dimanakah sifat keibuan yang ada setiap kaum wanita?

Ku tidak tahu nak berkata apa, kes penjualan bayi anak sendiri masih berlaku dalam kejiranan rumahku.
Senang, bila ngandung cari siap-siap sapa nak anak dalam perut.
Hari bersalin petang dah bagi anak kat orang.
Ya Allah, kesian sungguh anak itu.
walaupun bukan satu agama denganku tapi ku rasa sakit hati menjual anak dengan mudah.
Dengan harga RM 3500.

Bukan kali pertama rupanye dia menjual anak, ini kali kedua.
Jiranku bercerita keluarga ini jenis sosial.
Dia ngandung tapi suami dia kata bukan anak dia.
Keluarga susah itu pasal dorang jual anak.
 
Suami kaki mabuk, bini keje waktu siang.
Anak-anak terabai, lasak bagai tiada ibu bapa.
Anak sulung 16tahun pun jenis bebas jugak.
 
Inila yang ku katakan selalu ku dengar dalam berita je.
Kini terjadi depan mata tidak tahu nak berkata apa.
Semoga ada orang berani buat tindakan terhadap kes penjualan bayi.
 

Tiada ulasan: