Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Potty Training Si Abang

Alhamdulillah adha dah berjaya tak pakai pempes di waktu siang kecuali berjalan jauh.
Di kala usianye baru 2 1/2 tahun dia sudah tidak lagi pakai dd waktu siang.
Walaupun di rumah pengasuh.

Mengajar anak free dd ni bukan senang sebab mesti ada kes terbabas.
Umi ajar mula-mula pada hari minggu je atau umi cuti.
Selalunye hari sabtu dan ahadlakan.

Mula-mula ajar 2 3 kali jugak terbabas, sebab dia tak sempat nak bukak seluar.
Try lagi tapi kali ni dengan biarkan dia tidak pakai seluar sebab dia tak mahu.
Ikut je tapi dalam rumah jela dia bogel kalau main kat luar umi bagi pakai dd.

Bila si adha dah mula pandai cakap nak kencing baru pelan-pelan bagi pakai seluar.
Cakap sebab apa kena pakai seluar.
Terangkan baik-baik.
Alhamdulillh kini dia sendiri mintak pakai baju dan seluar walaupun tidak pakai dd.

Waktu tido siang kadang-kadang berjaya kadang-kadang terbabas.
Kena standby kain untuk lap kerana adha dah biasa tak pakai dd waktu siang.
Jadi walaupun nak tido waktu siang dia jugak tidak mahu pakai.

Kini sekampit dd tahan sebulan lebih saiz xl.
Cuma pakai waktu malam atau berjalan.
Rumah pengasuh umi dah tidak hantar lagi dd.

Tapi umi masih gagal nak ajar dia poo poo dalam toilet.
Sebab dia jenis penggeli.
Tiap-tiap kali dia nak berak mesti dia mintak nak pakai dd.
Huhu rasa membazir je.
Tapi takpe slow-slow ajar nanti berjaya jugak.

gambar lama...

 

Tiada ulasan: