Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

MENU BERBUKA PUASA HARI KE-5 DAN BERSAHUR HARI KE-6

Hari ini, alhamdulillah anak-anak memberi kerjasama yang baik bila mama nak masak.
Si adik, kakak dan abang main depan tv dah akhirnye lena sendiri.
Terima kasih ya Alllah.

Menu berbuka puasa hari ni adalah ketam masak lemak cili api.
Alhamdulillah cukup semua masin, lemak, pedas.
Takda rasa kurang langsung.
Buat pertama kalinye sejak berpuasa hari sabtu umi habis makan 1 pinggan.



Lauk kedua adalah NENAS MASAK PEDAS.
Sedap makan dengan nasi panas.
Resepi turun menurun oleh opah kesayangan di kampung.

Oleh kerana 2 lauk buat ku makan kali kedua jam 10 malam tadi.
Lapar bila tengok lauk yang menyelerakan.
Bagai tak nampak nasi 5 hari.

Terima kasih anak-anak mama.
Berkelakuan baik malam ni.
Mama tidak terasa letih sangat bila anak-anak tidak meragam.

*** gambar adalah ehsan dari pak google. nak tangkap gambar sendiri hanset punah.

1 ulasan:

PinkUmmi berkata...

dah lama tak makan masak lemak ketam..terliur la pulak tgk gambar nih...