Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Mengimbau Permainan Zaman Kanak-Kanak : Galah Panjang


Permainan galah panjang @ "tol".
Wah best giler owh....

Permainan ni kalau main kat kampung mana ada pakai tali macam kat atas tue.
Garisan siap guna cangkul untuk kekal lama.
Senang nak main lain kali.

Galah panjang ni pemain dia paling minumum 4 orang setiap kumpulan.
Kalau lagi ramai lagi best.
Setiap garisan dan kotak ada orang jaga.

Pasukan pihak lawan kena lepasi penjaga untuk melepaskan diri dari satu kotak ke satu kotak.
Kalau salah sorang ahli pasukan lawan disentuh oleh penjaga garisan automatik dorang kalah.
Jika mahu menang pasukan lawan perlu lepasi semua penjaga garisan hingga kotak teratas.
Dan perlu berpatah balik hingga ke garisan permulaan.

Hanya seorang sahaja perlu berjaya melepasi semua penjaga garisan.

***Pst... dulu suka main campur dengan budak2 kecik sebab senang nak bolos...

4 ulasan:

ieda berkata...

paling suke main nie zaman kecik !
adoiii teringat lakk ;))

Cik Tie@Akak berkata...

mmg seronok main ni..pas main pastu gaduh

nur berkata...

ni mainan kami jugak masa kecik.... rindu nyer nak jadi kanak2 balik :)

Che Rosliza Che mat berkata...

betul tue...teringat masa kecik selalu main hihihi