Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Mengimbau Permainan Zaman Kanak-Kanak : Batu Seremban

Wah kali ni tiba-tiba nak buat entry mengimbas kenangan zaman kanak-kanak.
Terutamanye permainanlakan.
Duduk bandar kanak-kanak dah tidak berapa kenal lagi permainan dulu-dulu.

Sekarang budak lebih suka main game gadjet.
Permainan tradisional dah lupa.
Hari ni umi nak mengimbas kembali permainan:

Batu Seremban


Bestkan mainan ni.
Kalau dulu-dulu mandi sungai kat kampung mulala cari batu bulat-bulat.
Kalau guna batu tajam sakit owh tangan.

Main ni kalau mula-mula belajar nak main mesti kekok betul tak?
Siap letak batu dekat-dekat senang nak ambil.
Kalau dah terror batu jauh pun boleh ambik.

Yang paling tidak tahan siap baling tinggi-tinggi.
Kalau rumah kampung 2 tingkat.
Main siap kena lantai tingkat atas lagi.
Masa tu confirm bangga giler baling tinggi.

Pastu siap letak target berapa jumlah markah kumpul.
Cukup 100 kena pulak main tangan kiri.
Kalau pemain memang dh main tangan kiri kena tukar pulak ke tangan kanan.
Bestnye, teringin pulak nak main.



Tapi kalau jenis uncang macam ni umi tidak reti main.
Sebab dia ada 5 je.
Kalau ada tukang ajar boleh kot main.

*** pst.. korang suka main game apa zaman kanak-kanak?

2 ulasan:

ummi_norseha berkata...

mmng best main batu seremban nie,skrg nk main xde kwn2 je....

saly@mama-i berkata...

betol tuu.. tgk batu seremban kat ats tuh jd rindu lak pada zaman budak2 dlu... mcam2 permainan yg bleh kt main..:(