Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Kalaula Ada Pembantu..........









Tajuk tak boleh pakai. Sedar sikit diri tu umi!!! gaji ciput ada hati nak pakai pembantu... Huhu...

Pasang angan-angan tak kisahkan. Kadang-kadang dari angan-angan jadi kenyataan. Kalau betul alhamdulillah. Dalam hati memang ada tapi kena ukur kain di badan sendirilakan. Takkan kalau hidup sederhana nak pakai orang gaji.

Kadang-kadang ku terfikir alangkah indahnye kalau duduk dekat dengan family. Senang nak kuar dating dengan husband tumpang je rumah family biar dorang jaga. Tengok midnight pun takpe. Kalau pengasuh takda letak je rumah family tidak susah nak bayar upah orang tolong jaga anak-anak.

Untung jugak dapat suami keje office hour. Kite masak ada orang tolong jaga anak. kite kemas rumah ada orang tolong. Tengah malam bergilir bangun buat susu anak. Tapi kalau macam umi suami hanya drebar lori semua keje rumah umi buat. Masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, layan anak, bagi tido anak, dan bangun tengah malam berkali-kali tanpa pertolongan suami. 

Penat? Siapa yang ambik kisah kalau bukan diri sendiri. Tapi ku bersyukur kadang-kadang boleh jadi gila time perangai anak-anak meragam tidak tentu pasal. Contohnye malam ni. Selalu kalau ambik dari rumah bs baru ni, anak-anak main kejap terus tido. Tapi tidak, pakat ngamuk secara berjemaah. Si abang nak di layan. Si kembar nak bertepuk. 

Tinggal si kembar nak basuh yak si abang nangis bagai didera. Malu owh dengan jiran kang kata ku memukul anak-anak pulakkan. Sudahnye sorang tido sebelah kanan mama, sorang sebelah kiri dan sorang atas dada. Tido sampai sudah.

Melayan kerenah anak-anak tanpa pembantu bukan mudah sebab kadang-kadang makan pun tidak tentu. Tambah pulak nak masak sedap-sedap. Kalau suami kata tidak balik rumah malam ni kadang-kadang ku makan simple je janji perut kenyang. Kalau malas masak sangat ku buat je maggi segera. Anak-anak bs dah bagi makan siap-siap.

Tapi itula kan. orang bukan tahu susah senang kite. Yang dorang tahu nak bezakan hidup kite dengan hidup orang. hidup manusia ni mana nak sama. Tapi tidak mengapa janji umi tahu apa umi buat. Takda pembantu pun takpe. Tidak aktif sukan pun takpe. Janji anak-anak kite sendiri jaga. 

Tiada ulasan: