Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

INFO : Bayi Dan Makanan Pepejal

Proses memperkenalkan bayi dengan makanan pepejal boleh dilakukan setelah usia bayi 6 bulan. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perku diberikan perhatian.


  • Bayi berusia 6-8 bulan perlu diberi makanan pepejal di antara 2 hingga 3 kali sehari.

  • Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pasa satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makanan pepejal.

  • Makanan pepejal yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ialah puri. Puri tersebut boleh dicampur dengan air susu ibu .

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal , pisang , labu, lobak merah, kentang dan brocoli sesuai untuk dijadikan puri.

  • Pada peringkat permulaan , elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan  masalag alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

  • Jangan sesekali menambah garam atau gula kedalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnye masih belum dapat memproses bahan-bahan tersebut.

  • Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar 8 bulan.

  • Jika anak anda menolak makanan yang anda berikan padaya, jangan marah dan terus memaksa anda memakan makanan tersebut. Mungkin bayi anda masih belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting ibu bapa jangan cepat berputus-asa.

  • Ketika memperkenalkan makanan pepejal kepasa bayi, berikan dia menu yang sama selama 4 hingga 7 hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh badan anak terhadap makanan tersebut.

  • Sekiranye anak anda, demam atau sakit. Anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan makanan yang paling digemarinye.
Info from majalah Pa & Ma

Tiada ulasan: