Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

BILA PENAT MAKAN PUN TIDAK LALU

Wah sedar tak sedar kite puasa sudah di hari kelima.
Sekejap masa berlalu sudah mahu masuk seminggu kite menjalani ibadah puasa.
Puasa kali ini agak mematkan bagi umi nak handle 3 anak sedang lasak sendirian.
Berbanding tahun lepas, twin masih kecik dah hanya tahu tido sahaja.

Badan rasa letih sangat-sangat tatkala anak demam bersilih-ganti.
Tidur tidak pernah nak lena, paling lama 2 jam.
Tapi ku harus kuat demi anak-anak.

Tapi bila badan dah letih, makan apa pun tiada selera.
Buatla macam-macam makanan yang teringin nak makan tapi tidak habis jugak masuk perut.
Macam puasa pertama buat rendang sebab teringin nak makan tapi seketul ayam pun tak habis.
Mungkin badan terlalu letih, menguruskan anak-anak sendirian.

Manakan tidak, semua kerja atas bahu.
Urus anak, masak, layan anak, bagi tido anak, kemas rumah, bangun sahur, hantar&ambik anak dari rumah pengasuh.
Penatnye hanya Allah yang tahu.
Tapi nak tak nak MA kene tempuh jugak.
Anak-anak permata dari Allah buat MA.

MA harap anak-anak MA pulih sedia kala.
MA tak sanggup lagi nak tengok anak-anak sakit.
Sampai hilang selera makan.
MA masak je tapi makan tak lalu.

**pst.. doakan anak-anak MA cepat sembuh ye.

3 ulasan:

PinkUmmi berkata...

memg betul kalau pnt memg tak lalu nak mkn pun

Saleha berkata...

MA bekerja jugak? sabarjelah jawabnya.. tapi kadang2 bila penat sangat2 stresspun boleh datang kan kalau anak sakit dan merengek je.. kita plak tak cukup tidur dan rehat

Che Rosliza Che mat berkata...

betul tue...kesian ummi...