Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Ahad

AIR KELAPA PERISA AIR PAIP

Inila salah satu sebab kenapa umi tidak suka beli air dekat pasar ramadhan.
Dahla beli air isinye dah tentu takda.
Kalau ada hancur punya isi kelapa.
Lepas tu, rasa pun bukan macam air kelapa.

Oleh kerana umi tak berapa sihat hari ni.
Suami belikan air kelapa harga Rm2 sebungkus.
Untuk sejukkan badan.

Minum je time berbuka rasa nak muntah terus bila air masuk tekak.
Weikkkkkkkkk...
Memang terasa air paip atau air yang tak masak.
Ya ampun, nasib baik tak bagi anak-anak minum.
Coz adha masih tak kebah demam.
Kalau bagi minum kang ada pulak kena penyakit cirit-birit.

Dah serik la nak beli air kelapa kat kedai.
Oleh kerana nak untuk guna je air paip.
Kalau customer jenis tak tahan mau ada yang masuk hospital keracunan.


Alangkah indah kalau dapat kelapa macam kat atas tu.
kena pulak isi lembik..
Sedapnye...

1 ulasan:

Che Rosliza Che mat berkata...

Teruknya...dahlah mahal...Kalau arwah mak CR ada...selalu minum air kelapa original...Sebab ada pokok kelapa sendiri belakang rumah...kat kampung.