Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Raja Buah


Wah buka blog orang banyak bercerita pasal raja buah nikan.
Sapa la yang tak kenal raja buah ni "Durian".

Bila telefon mak kat kampung ada je citer dia pasal durian.
Tapi bukan hasil dusun sendiri.
Tapi hasil pemberian orang.

Sebut pasal durian ni, sebenarnye umi bukan penggemar durian.
Nak habiskan seulas pun payah inikan berbiji-biji.
Ntahla kenapa dah memang sejak kecil kot.

Tapi..........
Ku suka makan tempoyak .
Buat sambal, atau buat masakan asam tempoyak.
Kalau sedap sampai hirup kuahnye.

Pelikkan umi ni.
Ada tak orang macam umi durian kurang atau tak makan tapi tempoyak laju...

1 ulasan:

FatSamad berkata...

saya suka makan durian... bagi 3 biji seorang sekali hadap boleh abis.. tapi kalau durian yang dah proses cam lempuk, pulut durian, ais krim durian tak suka makan.. tempoyak lagilah.. loya tekak.. kontra betul kita kan..