Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Dilema Pengasuh Yang tidak Pernah Habis

Bukan nak merungut tidak bertempat tapi sabarku ada hadnye.
Tiap-tiap bulan payment di bayar penuh tak potong 1 sen setiap kali dia cuti.
Tak mintak di gantikan di hari minggu menjaga anak2 ku di kala ada hal.

Bak orang cakap "diberi betis nak peha".
Bukan sekali dua ku kena tapi banyak kali.
Tapi ku diamkan diri.

Bukan senang nak cari pengasuh yang murah zaman sekarang.
Tapi kalau mahal puas hati tidak kisahlakan.
Murah pun takpe janji keje jalan.

Pengasuh baru ini, tahun lepas mula2 jaga my twin dan adha okey je.
Jarang mintak cuti.
Payment pun dia kata tunggu gaji suami sebab gaji ku tak usik untuk BS.

Tapi sejak 2 menjak ni kerap benar cuti.
Boleh katakan tiap2 bulan dia mintak cuti.
Kalau sebab yang munasabah takpela kan.

Macam minggu lepas dia cakap nak balik kampung ada kenduri pagi tu.
Tiba-tiba dia kol ahad baru ni cakap anak dia patah tangan jatuh main bola.
Kejadian pagi yang dia kata nak balik kampung, nampak sangat dah kantoi kat situ.
Dah semalam tak pasal2 bergilir dengan suami menjaga anak.
Takkan ku pulak nak mintak cuti lagi.

Hari ni, dia jaga walaupun anak masih kat wad.
Tapiku pulak rasa bersalah sebab suruh dia jaga dalam keadaan macam ni.
Tapi nak wat macam mana kalau tak suruh dia jaga ke mana pulak ku nak letak anak-anakku.

Memang niat nak tukar pengasuh.
Ku dah cuba tapi my twin bukan jenis nak dengan orang.
Kesian pengasuh yang ku cuba takleh wat keje lain.
Twinku melalak 1 hari.
jadi nak ke tak nak kena bertahan dulu dengan pengasuh yang ada.

Tiada ulasan: