Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Checkup Twin Di Kala Usia 1 tahun 3 bulan

Isnin lepas genapla usia twin kesayanganku 1 tahun 3 bulan..
Alahai kejapnye masa berlalu.
Kini dah makin besar dah twin ku sayang.
Dah makin ligat merangkak.

Jangan terkejut ye kawan-kawan.
Yup! twin umi masih belum berjalan dengan sendiri.
Tapi dorang dah meniti berjalan di kerusi.

Tadi pagi ada appoinment dorang di klinik.
Kali ni pergi dengan ayahnye sebab twin dah pandai mengamuk dan nak didukung.
Taknaknye dia dok lama2 dalam stroller twin tu.
Tambahan pulak kalau dorang tengok orang tidak dikenali confirm menangis.
Tidak terhandle mamanye.

Alhamdulillah, hasil checkup tadi berat dorang naik.
Si kakak sudah melepasi garisan kuning.
Si adik masih belum lepasi tapi doktor cakap takpe janji dia naik jangan turun.

Berat si kakak dah 8.5kg.
Patutla pipi dah labuh baju pun dah sendat.
Tangan mama dah tak mampun nak dukung 2 serentak.
Berat sebelah pulak nanti.

Si adik jauh ketinggalan 1 kg dari kakak.
adik berat baru7.5 kg.
Kecikkan twin umi tapi takpela janji dorang sihat tak rajin sakit macam tahun lepas.

Next appoinment bulan 9 nanti untuk cucuk 1 tahun setengah.
Ha hari ni twin dapat hadiah ubat.
Ubat cacing.

Tiada ulasan: