Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Raja Buah


Wah buka blog orang banyak bercerita pasal raja buah nikan.
Sapa la yang tak kenal raja buah ni "Durian".

Bila telefon mak kat kampung ada je citer dia pasal durian.
Tapi bukan hasil dusun sendiri.
Tapi hasil pemberian orang.

Sebut pasal durian ni, sebenarnye umi bukan penggemar durian.
Nak habiskan seulas pun payah inikan berbiji-biji.
Ntahla kenapa dah memang sejak kecil kot.

Tapi..........
Ku suka makan tempoyak .
Buat sambal, atau buat masakan asam tempoyak.
Kalau sedap sampai hirup kuahnye.

Pelikkan umi ni.
Ada tak orang macam umi durian kurang atau tak makan tapi tempoyak laju...

Khamis

Perihal Si Anak Bujang.

Lamakan tiada cerita tentang si anak bujang umi tu.
Siapa lagi adha la kan.
Wujud blog ni masa umi pregnantkan dia tahun 2009.
Sekarang sudah 2012 dari cerita yang pakai tulis je(takda idea) hinggala citer pasal anak-anak.

Kembali pada tajuk kat atas.
Alhamdulillah 2 hari lepas genapla usia si adha 2 1/2.
Kejap je masa berlalu pergi.
Sudah besar si bujang sorang.

Di kala usianye 2 1/2 ni dia dah mula kenal pelbagai benda.
Dah boleh kira one -ten.
Dah boleh sebut A for ayam hingga huruf Z tapi masih lupa-lupa.
Sudah boleh baca doa tido.
Dah boleh sebut nama panggilan diri sendiri iaitu "a'a".
Sudah mula potty training.
Yang paling umi sekarang dia sudah mula kenal jalan. 
Macam sekarang, anak-anak sudah di hantar rumah pengasuh baru.
Walaupun baru 2 hari dia sudah inagt jalan nak ke rumah " ibu " baru.
Siap tunjuk jalan lagi "ma sana ma, ma situ ma".
Tiap-tiap kali sampai simpang.
kadang-kadang saje usik dia.
Bila kuar dari rumah umi sampai simpang 3 kalau rumah BS lama simpang kanan bs baru simpan kiri.
Marah dia bila tunjuk sebelah kanan beria-ia dia cakap bukan!!!.
Semua simpang dan jalan dia ingat sampaila depan rumah "ibu" baru.
Alhamdulillah ya Allah.

Layakkah Kite Memasuki Syurga Allah?

Kenapa kita terasa sukar setiapkali ingin melakukan kebaikan dan perubahan? Bahkan kesukaran itu akan lebih terasa apabila kita cuba untuk istiqomah dengan kebaikan.

Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan keburukan atau sesuatu maksiat? Kalau boleh tinggalkanpun hanya sekejap saja.

Mungkin ini adalah persoalan yang sering menghantui pemikiran kita hingga kadang-kadang ada yang berputus asa. Berputus asa hingga terpaksa menjadikan dosa sebagai makanan harian.
Ya, kita semua begitu hajatkan syurga Allah dan takutkan nerakaNya. Dalam ceramah saya, kadang-kadang saya laungkan “Siapa yang nak masuk neraka sila duduk!” Anda boleh bayangkan responnya. Kalau peserta atau pendengarnya sudah agak dewasa, pun akan tersipu-sipu bangun. Tidak ada siapa yang mahu dirinya digolongkan sebagai ahli neraka. Namun persoalannya, KENAPA ramai yang masih melakukan dosa bahkan begitu sukar meninggalkannya? Bahkan kadang-kadang kita melakukan dosa-dosa yang sama.

Jawapan ringkasnya mungkin mudah saja; INILAH NILAI SYURGA.
Kata Ibnu Jauzi, mafhumnya  “Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.

Kalau begitu, kita yang lemah jiwa ini tentu tidak layak masuk syurga? Kita tidak sehebat sahabat-sahabat yang berjuang bersama Rasul SAW. Kitapun tidak sehebat ulamak-ulamak yang hidup memperjuangkan kebenaran. Kita ini kan orang biasa, bukan sekolah agama pulak tu bahkan ada yang lahir dari keluarga yang jauh dari agama. Adakah kita nanti akan jadi ahli neraka.
Kalau ini yang sedang anda fikirkan maka sedarlah bahawa yang sedang berbisik itu adalah syaithan yang inginkan kita putus asa dengan rahmat Allah Taala hingga akhirnya kita akan bersama-samanya didalam neraka.

Hakikat diri
Inilah hakikat diri kita: Lemah, lupa, sukar menentang arus dan berbagai kelemahan lain. Jangan kita lupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga manusia biasa seperti kita bahakan mereka itu kata Syed Qutub adalah serpihan masyarakat jahiliyah yang suka minum arak, membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan sebagainya.

Bukankan Allah Taala berfirman yang maksudnya “Demi jiwa dan penyempurnaannya, diilhamkannya fujur dan taqwa.” Ya kita semua memiliki kecenderungan yang sama: Ingin melakukan kebaikan dan keburukan. Bahkan kata Ibnu Jauzi “Kecenderungan melakukan kejahatan itu seperti air yang menuruni bukit manakala kecenderungan jiwa untuk melakukan kebaikan seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan”.

Jadi untuk melakukan perubahan dan istiqomah diatas kebenaran maka kita memerlukan proses tarbiyyah yang betul, murabbi yang boleh dijadikan contoh dan persekitaran yang akan menambah cinta dan ketaatan kepada Allah serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancamanNya.

Untuk memahami proses tarbiyyah yang betul, saya selalu bergurau tetapi serius “Gilalah untuk baca sirah sebagaimana orang gila novel baca novel, bahkan jadilah lebih ‘gila’ lagi”. Ya, bacalah sirah dengan penuh rindu dan cinta pada Rasul SAW dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah contoh-contoh keimanan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik mereka dan lihatlah bagaimana mereka menyerahkan diri mereka kepada didikan atau tarbiyyah Rasul. Inilah intipati tarbiyyah: MANHAJ (SISTEM) Tarbiyyah yang betul sepertimana yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan PENYERAHAN  diri pada tarbiyyah sebagaimana sahabat-sahabat Rasul. Lihatlah bagaimana dengan tarbiyyah sahabat-sahabat RA mengubah diri mereka secara total dengan penuh kerendahan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dampingilah orang-orang alim yang soleh dan ikhlas. Carilah guru atau murabbi yang ikhlas ingin membantu kita Cintailah ulamak, bacalah buku-buku mereka dan hayatilah sejarah perjuangan mereka. Ziarahilah ulamak-ulamak supaya mereka menjadi lampu-lampu penunjuk jalan kepada jiwa kita.
Dan carilah teman-teman yang soleh yang sanggup menegur kita jika kita terlanjur melakukan kesalahan. Carilah teman yang apabila kita memandang mereka maka kita teringat dan teringin melakukan kebaikan bukan sebaliknya.

Dua sayap
Perjalanan menuju kepada Allah terlalu sukar dan banyak halangannya. Kita tidak akan mampu terbang tinggi menuju redhaNya melainkan dengan dua sayap.

Sayap pertama ialah KHAUF (Takut); selalulah takut-takutkan hati kita dengan azab neraka yang jamuan keraiannya ialah buah Zaqqum, bahan bakarnya ialan manusia dan batu serta api nyalaan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih panas dari api dunia. Takut-takutkan jiwa kita dengan saat pertemuan dimana ada wajah-wajah yang putih dan ada wajah-wajah yang hitam, ada wajah yang berseri-seri bahagia dan ada wajah yang bermuram durja. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith lalu hayatilah hakikat-hakikat ini hingga kita terasa takut dan minitiskan air mata.

Sayap yang kedua ialah Roja’ (Harap); Yakinlah dengan pengampunan Allah dan rahmatNya. Allah tentu sekali tidak akan menzalimi kita bahkan terlalu kasih kepada kita. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith, tentu hati kita akan terpegun apabila melihat betapa Allah itu maha Pengampun. Janganlah sekali-sekali kita berputu asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.


*info from blog INI

Office Politics


Perangai manusiakan mesti ada kena dengan salah satu gambar kat atas.
Gambar insan dari pak Google.

Rabu

Perbezaan, Kebaikan dan keburukkan Antara Bersalin Normal @ Ceaser

Kaedah Normal
Cara bersalin normal, seperti yang kita ketahui. Bayi ‘keluar’ melalaui ‘birth canal’ si ibu.
Antara kelebihan-kelabihan jika melalui kaedah normal ialah
1. Masa untuk pulih kembali singkat.
2. Bayi yang dilahirkan lebih bertenaga dan sihat.
3. Ibu dapat merasai satu kepuasan kerna berjaya melahirkan anak.


Kekurangan pula:
1. Kaedah yang digunakan tidak nampak bersih.
2. Masa untuk bayi dilhirkan tidak boleh dijadualkan.
3. Merasa sakit yang amat sangat semasa melahirkan.
4. Tidak menggunakan bius

Kaedah Caeserian 
Kaedah ini melalui cara melahirkan bayi melalui teknolgi masa kini, iaitu menggunakan medium pembedahan. Jika secara normal bayi dilahirkan dari ‘birth canal ‘ si ibu, berbeza dengan kaedah caeserian , melalaui pembedahan di bahagian abdomen si ibu.
antara kelebihan Kaedah caesrian
1. Tidak merasa sakit semasa pembedahan.
2. Masa diperlukan cuma beberpa minit sahaja.
3. Masa kelahiran boleh dijadualkan.
4. Menggunakan bius semasa pembedahan
5. Semasa pembedahan , keadaan lebih bersih.

kekurangan pula;
1. Selepas pembedahan akan merasa sakit yang amat.
2. Anak lebih terdedah kepada penyakit.
3. Kebanyakan kes juga melaporkan anak yang dilhirkan melalui kaedah caeserian menghidap ‘wet lung’. Ataupun paru paru berair.
4. Apabila kelahirkan dijadualkan, dirisaukan bayi yang dilhirkan akan mengalami pra-matang.


*** Info from link ini

Akhirnye, Mahu Juga..

First sekali alhamdulillah umi ucapkan kerana berjaya jugak dalam....

"menukar pengasuh anak-anak".

Semalam umi ada tulis entry pasal percubaan pertama yang gagal untuk menukar pengasuh.
Almaklumla twin bukan  mudah dengan orang dia tak kenal.
Mama nak bergerak sikit pun tak boleh.

Hari ni awal tak awal jugakla hantar anak rumah pengasuh baru.
Dalam 7.55 pagi dah sampai depan pintu rumah pengasuh baru.
Adha siap request lagi pagi-pagi nak pergi rumah kakak katanye.
Siap ingat jalan okey!!!

Alhamdulillah, sampai dan masuk anak-anak okey je main dengan anak-anak pengasuh tu.
Owh lupa pulak nak bagi tahu, pengasuh ni pun punyai kembar jugak tau.
Kembar sepasang umur muda sebulan dari kembar umi.
Tapi kembar dia dah boleh berjalan berbanding kembar umi.
Tapi takpela setiap perkembangan anak-anak itu tidak sama.

Bagus anak-anak mamm baik je duduk dan main.
Tapi adikla je la yang merengek sikit-sikit.
Maklumla adik rapat dengan mama.

Esok nak try lagi hantar kalau dah okey boleh bagi tahu pengasuh lama yang dah tidak mahu lagi upah dia.
Doakan anak-anak umi berkekalan duduk dengan pengasuh baru.

Selasa

Siapkah Wanita Yang cantik?






Wanita cantik ialah:

[1] MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

[2] TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

[3] TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

[4] TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

[5] MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

[6] MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

[7] BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU 
*copy paste from blog ini

Percubaan Pertama Gagal!

Masih buntu dengan perihal si kembar yang tidak mahu dengan orang.
Twin hanya kenal mama, ayah, abang dan ibu (bs) dia je.
4 orang ni je dia nak duduk tak kisahla tolong jaga atau ambik dukung.
Payahkan kalau anak taknak dengan orang.

Berbalik tajuk di atas umi dalam proses nak tukar bs ni.
Sebab apa nak tukar nanti umi citer di lain entry.
Bila nak tukar bs ni yang jadi masalah bila twin tidak mahu dengan orang lain.
Nangis bagai nak rak.

Adik ipar pernah jaga twin, tapi jaga dari jaun,
Macam mana tue?
letak je kat bawah bila dekat kembar nangis.
Ambik time nak mandi atau tukar cd je.
terukkan perangai twin sampai macam tu sekali.

Ku try pagi ni dengan kak berdekatan dengan rumah.
Tapi hampa yang ku dapat.
Tidak sampai hati nak drive bila dengar suara twin nangis sampai tiada suara.
Lalu ku masuk ambik bawak naik kereta terus hantar rumah bs lama.
Nasib baik tak beritahu bs lama yang nak berhenti hantar anak.

Esok ku nak cuba lagi.
Tapi hati kena kuat supaya tak masuk ambik twin bawak lari lagi.

Isnin

Hilang dan Takkan Berganti

Nak taip entry takda mood sebab handset merangkap kemera mama dah punah.
Disebabkan oleh anak-anak yang sedang membesar.
Nak nangis mama tengok handset jem takleh nak bukak langsung.

Sudahla handset punah now memori kad pun hilang.
Habis sudah gambar dalam tue. 
Yang sedih gambar twin dari kecik ada dalam tu tak sempat nak pindah masuk dalam disk.
 
Hilang sudah gambar anak2 yang takkan berganti.
Salah mama jugak, sudah tau memori kad tu kecik gi simpan lagi dalam bag.
Bag tu pulak adha suka main confirm dia ada bawak keluar.
 
 


Rabu

WW - Thank You Hubby




Alhamdulillah atas rezeki yang Allah limpahkan buat kami sekeluarga.
Terima kasih jugak buat suamiku atas pemberian ini sempena birthdayku.
Walaupun kecil ku tetap bersyukur sebab ikhlas dari suamiku

Selasa

Dilema Pengasuh Yang tidak Pernah Habis

Bukan nak merungut tidak bertempat tapi sabarku ada hadnye.
Tiap-tiap bulan payment di bayar penuh tak potong 1 sen setiap kali dia cuti.
Tak mintak di gantikan di hari minggu menjaga anak2 ku di kala ada hal.

Bak orang cakap "diberi betis nak peha".
Bukan sekali dua ku kena tapi banyak kali.
Tapi ku diamkan diri.

Bukan senang nak cari pengasuh yang murah zaman sekarang.
Tapi kalau mahal puas hati tidak kisahlakan.
Murah pun takpe janji keje jalan.

Pengasuh baru ini, tahun lepas mula2 jaga my twin dan adha okey je.
Jarang mintak cuti.
Payment pun dia kata tunggu gaji suami sebab gaji ku tak usik untuk BS.

Tapi sejak 2 menjak ni kerap benar cuti.
Boleh katakan tiap2 bulan dia mintak cuti.
Kalau sebab yang munasabah takpela kan.

Macam minggu lepas dia cakap nak balik kampung ada kenduri pagi tu.
Tiba-tiba dia kol ahad baru ni cakap anak dia patah tangan jatuh main bola.
Kejadian pagi yang dia kata nak balik kampung, nampak sangat dah kantoi kat situ.
Dah semalam tak pasal2 bergilir dengan suami menjaga anak.
Takkan ku pulak nak mintak cuti lagi.

Hari ni, dia jaga walaupun anak masih kat wad.
Tapiku pulak rasa bersalah sebab suruh dia jaga dalam keadaan macam ni.
Tapi nak wat macam mana kalau tak suruh dia jaga ke mana pulak ku nak letak anak-anakku.

Memang niat nak tukar pengasuh.
Ku dah cuba tapi my twin bukan jenis nak dengan orang.
Kesian pengasuh yang ku cuba takleh wat keje lain.
Twinku melalak 1 hari.
jadi nak ke tak nak kena bertahan dulu dengan pengasuh yang ada.

Jangan Samakan Boleh?


Punyai anak kembar bukan untuk di jadikan rungutan tapi harus di jadikan pujian.
Bukan semua boleh dapat walaupun kadang-kadang punyai keturunan kembar.

Punyai anak kembar tidak sama dengan punyai anak kelahiran single.
Kerenah, sakit dan penjagaan adalah sama sekali tidak sama dengan punyai anak sorang.
Kenapa umi cakap begini?


  1.  Anak kembar berlainan kerektor sama ada kembar seiras atau pun tidak. Macam twin umi, sorang cengeng dan kuat sakit tapi sorang lagi cool dan kuat beralah dari segi sakit or perangai.
  2. Dah kata kembar mesti sakit tu berjangkit. Tidak kisahla selang berapa hari baru naik tapi confirm akan berjangkit.
  3. Punyai anak kembar corak penyusuan kadang-kadang sama kadang tidak. So twin umi selang sejam akan bangun nyusu setiap sorang. So berapa jam umi dapat tido tiap-tiap hari?
Umi bukan nak merungut penjagaan anak-anak umi rungut pun apa yang umi dapat?
Dorang tetap anak-anak umi yang umi sayang.
Cuma umi agak terkilan bila orang samakan dorang dengan umi.

Buat pengetahuan kawan-kawan tiap hari umi yang jaga anak sendirian tanpa bantuan suami.
Yea, suami umi bukan keje office hour tapi drebar lori je.
Tapi bersyukur sebab itu punca rezeki kami.
So, tak hairanla kalau umi sakit.

Adakah orang yang pertikaikan itu tahu susah senang penjagaan 3 anak masih kecil sendirian.
Tanpa bantuan sesiapa, sama ada bibik or suami?

Dekat sini umi nak tekankan bahawan:
tiap-tiap orang bukan sama dalam penjagaan anak. ada yang senang dan ada yang susah.
Tiap-tiap anak adalah lain karekter bukan sama dengan semua kanak-kanak.
Fikir-fikirkanlah.


Isnin

Perihal Si Anak Bujang


Inila xtvt di hari minggu.
Bawak anak-anak main dekat padang shah alam.
Masa ni pergi orang tak ramai.
So adha bebas sikit bergerak.





Inila hero kesayangan mama.
Kalau dan menjerit bingit satu rumah.
Alhamdulillah, usia dah nak cecah 3 hujung tahun ni.

Membesar dengan sempurna.
kalau takda aral tahun depan dah nak hantar bersekolah.


Berkata - kata dah berbunyi sedikit demi sedikit.
Tidak "telo" orang tua-tua cakap.
Tapi kalau laju dia cakap jadi macam bahasa alien.



Pandai bermain dengan adik-adik.
Kadang-kadang macam nak tercabut nyawa mama.
Dah mula potty training di siang hari.
Alhamdulillah berjaya cuma bila nak "poo poo" dia nak pakai DD.



Alhamdulillah ya Allah atas kurniaan mu ini kepadaku.

Sabtu

Senyum Pengubat Duka


Senyumla walaupun pahit untuk di telan.
Kerenah manusia itu satu lumrah dalam hidup.
Bukan senang nak memahami hati manusia walaupun kite kenal lama.

Rambut sama hitam hati lain-lain.
Baik setara mana pun pasti ada lagi hasat dengki.

Senyumla seperti kanak-kanak kecil yang masih belum mengenal erti hidup.
Tapi janganla amal hidup seperti manusia yang tak berotak.
Umur dah lanjut jangan perangai macam kanak-kanak sebelum sampai waktunye.

Rabu

Happy Birthday For Me


Alhamdulillah Ya Allah.
Hari ni genap usiaku 24 tahun.
Terima kasih Ya Allah panjangkan usiaku hingga saat ini.

Terima kasih juga Ya Allah, mengurniakan hambamu ini.
3 orang cahaya mata yang comel penyeri rumah tangga ku.

Amin...


Selasa

Checkup Twin Di Kala Usia 1 tahun 3 bulan

Isnin lepas genapla usia twin kesayanganku 1 tahun 3 bulan..
Alahai kejapnye masa berlalu.
Kini dah makin besar dah twin ku sayang.
Dah makin ligat merangkak.

Jangan terkejut ye kawan-kawan.
Yup! twin umi masih belum berjalan dengan sendiri.
Tapi dorang dah meniti berjalan di kerusi.

Tadi pagi ada appoinment dorang di klinik.
Kali ni pergi dengan ayahnye sebab twin dah pandai mengamuk dan nak didukung.
Taknaknye dia dok lama2 dalam stroller twin tu.
Tambahan pulak kalau dorang tengok orang tidak dikenali confirm menangis.
Tidak terhandle mamanye.

Alhamdulillah, hasil checkup tadi berat dorang naik.
Si kakak sudah melepasi garisan kuning.
Si adik masih belum lepasi tapi doktor cakap takpe janji dia naik jangan turun.

Berat si kakak dah 8.5kg.
Patutla pipi dah labuh baju pun dah sendat.
Tangan mama dah tak mampun nak dukung 2 serentak.
Berat sebelah pulak nanti.

Si adik jauh ketinggalan 1 kg dari kakak.
adik berat baru7.5 kg.
Kecikkan twin umi tapi takpela janji dorang sihat tak rajin sakit macam tahun lepas.

Next appoinment bulan 9 nanti untuk cucuk 1 tahun setengah.
Ha hari ni twin dapat hadiah ubat.
Ubat cacing.

Isnin

Korang Rasa Apa Yang Ku Rasa?


Korang terasa panas tak cuaca sekarang???
Bahangnye sampai ku rasa tak mahu langsung bukak pintu rumah.
Teriknye matahari sampai tidak boleh bukak mata.

Kesian anak-anak berpeluh dok dalam rumah.
Tido pun asyik terganggu.
Kipas sudah pasang atas bawah tapi tetap tak mencukupi.

Paling teruk si adik.
habis bawah leher merah dan luka akibat adik menggaru.
leher mama pun serupa.
Tido siang anak-anak umi tak pakaikan baju.
Kalau pakai pun hanya singlet dan berCD.

Air nak mandi tak payah nak pakai water heater.
Panas semulajadi, mandi pun rasa macam tak mandi.
Malam sementara nak boleh tido 2 3 kali diriku mandi.
berpeluh sakan macam dok dalam sauna.

Bilala agaknye cuaca panas ini akan berakhir.
Nak pasang aircond bajet tak mencukupi.
Tunggula sikit lagi kalau ada rezeki nak pasang dalam bilik.
Bagi anak-anak selesa.