Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Rupa-Rupanye Diriku Penakut

First dan mungkin bukan yang terakhir..
Memang mencabar betul.
Kalau tak kerana sakit yang dah tidak tertanggung tidak ku pergi serah diri.
Itula pandai nasihat orang kalau sakit pergi je klinik.
Kena batang hidung sendiri baru tau takut.

Ini kali kedua umi bergenang air mata ketika cucuk ubat kebas.
Kali pertama masa ceaser kembar tahun lepas.
Bergetap bibir tahan sakit.
Bergenang air mata tak usah kiralakan.

Hari ni gara-gara sakit gigi geraham yang dah tak terbendung ku gagahkan kaki jugak.
Dah sampai klinik macam nak lari je.
Tambah pulak pergi sorang-sorang.
Nak daftar tu pun dah takut belum masuk jumpa doktor lagi.

Doktor pelembut je orangnye.
Masuk, dia tanya nak watpe.
Terus cakap nak cabut gigi.
Bila dia check, dia kata ok kite cucuk ubat kebas.
"sakit tak doktor".
Spontan ayat tu keluar.
Lawak!!!

Banyak kali jugak dia cucuk yang kali terakhir memang mengalir air mata sikit.
Sebab tak tahan sakit.
Tunggu 5 minit, doktor panggil masuk balik dan terus cabut.
Akhirnye boleh makan dengan baik selepas ini.

Kenangan yang takkan di lupa.

Tiada ulasan: