Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Cradle Cap (Taik Sawan)


Inila keadaan kepala twin atiqah ketika usia 4 bulan.
Nampak tak kerak di kepalanye.
Umi pernah bercerita dekat SINI...

Yup ketika ini, memang umi dah cuba pelbagai cara termasuk membotakkan kepalanye.
Tapi kerak tetap naik balik.
Puas umi cuci, pakai minyak baby, shampoo khas untuk cradle cap tapi tetap tak hilang.

Lagi di cuci lagi naik. Lepas cuci kepala merah pastu berair macam air bisa.
Kadang-kadang berbau.

Mula-mula twin kena sampai atas kening kerak ni naik.
Bila cuci bengkak mata si kakak.

Tapi alhamdulillah, kerak ini hilang setelah doktor pakar tengok.
Bukan umi bawak pergi jumpa pakar tapi pakar datang masa twin warded demam panas tahun lepas.

Petuanye:

Jangan guna shampoo sebab mungkin twin umi tak tahan dengan shampoo.

Alhamdulillah selama seminggu twin warded dan selama itu twin tak bagi pakai shampoo cradle cap mula hilang.
Kepala kembali bersih.
Rambut mula lebat, dan sekarang dah boleh ikat.

Kepada "hiasan dunia":

Saya mendoakan anak anda sembuh dari cradle cap secepat mungkin.
Inshallah dengan petua saya kongsikan dapat membantu "hiasan dunia".


Tiada ulasan: