Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Selasa

Makin Tembam , Pipi Sudah Menjadi Pau


Si pipi donut ayah dia panggil.
Makin tembam si kakak.
Ntah berapala berat dia sekarang.
Bulan depan baru gi timbang.


Ini gambar masa hari kedua lepas keluar dari perut.
Kecik je masa ni.
Tapi bila tengok gambar kat atas tu macam tak percaya dia sudah debab.

Inila Yang Terjadi Gara-Gara Mama Terlelap


Inila keje 2 beradik di malam tadi.
Akibat mama terlelap sekejap malam tadi.
Habis semua seluar dalam laci di bawak keluar.

Semalam mama tertido akibat kepala yang sakit.
Nak bangun gelap mata jadinye.
 Ini pun boleh tersedar apabila si adik menangis jari tersepit antara laci.

Nasib baikla mama tersedar kalau tak apala yang akan terjadi lagi..


Isnin

Mencuci CD Menggunakan Soapnut


Inila rupa soapnut.

Kegunaan dia untuk mencuci CD aka Cloth diapers.
Boleh jugak dijadikan bahan untuk stripwash.

Sebagaimana kite tahu Cd tidak boleh di cuci dengan sebarangan sabun.
Kalau tersilap cuci maka rosak la daya serapan CD anda.

Soapnut adalah salah satu bahan pencuci yang boleh di gunakan..

Mari umi terangkan cara penggunaan:

Using Soapnuts
Doing Laundry 
  • Put 6 - 8 Soapnuts to a small cotton bag (or an old cotton sock), tie the end.
  • place it inside the drum of the washing machine together with the fabric and clothes. Wash as  normal.
  • For hand washing, you can make a tea with 8 soapnuts and wash as usual. 
  • Use warm water with the soapnuts for better washing effect
  • Soapnuts produce low suds and are suitable for use in both front and top loading machines.
  • Use warm/hot water for soiled washing and a cold wash for refreshing clothes.
  • If you enjoy scented laundry add 5 - 8 drops of essential oil to the washbag.

Store soapnuts in a dry and cool area. Sometimes soapnuts will absorb some moisture and becomes sticky but this will not effect their cleaning properties.

How to make Soapnut Liquid
  • Put 15-20 pieces of soapnuts shell in around 4-5 cups of water on the stove.
  • Bring to boil and simmer for 30 minutes. Cool and strain liquid into a bottle.
  • Store the sopnut liquid in the refrigerator for up to 5 days
  • Alternatively, soak soapnuts in water for 12 hours, strain and use.
  • Soapnut shell can be reused until it no longer has a "soapy" feel to it.
  • The longer the soapnuts sit in the water, the more concentrated the liquid becomes. 



Khamis

3 Askar Mama Yang Lasak


Ya ampun nak.
Belum boleh berjalan lagi dah melasak macam ni.
Baru boleh merangkak tak terkejar mama.

Sejak dah boleh memanjat ni, ini la keje kembar dan abangnye.
Si abang dah sampai kat atas.
Adik dah duduk bawah abang.
Si kakak baru nak panjat.

Gugur jantung mama!!


Ini setelah kakak berjaya.
Tapikan kakak jatuh bergolek kena tolak dengan adik.
Nasib baik lapik kusyen dah kat bawah.



Bila dah jatuh tidak kenal erti serik.
Sambung panjat sampai boleh.

Yang kelakarnyekan, si adik pandai panjat pandai turun.
Tapi si kakak pandai panjat nangis time nak turun.


Habis barang atas almari tv tu bersepah.
Kenjah la nak nanti mama kemas.

Isnin

Rupa-Rupanye Diriku Penakut

First dan mungkin bukan yang terakhir..
Memang mencabar betul.
Kalau tak kerana sakit yang dah tidak tertanggung tidak ku pergi serah diri.
Itula pandai nasihat orang kalau sakit pergi je klinik.
Kena batang hidung sendiri baru tau takut.

Ini kali kedua umi bergenang air mata ketika cucuk ubat kebas.
Kali pertama masa ceaser kembar tahun lepas.
Bergetap bibir tahan sakit.
Bergenang air mata tak usah kiralakan.

Hari ni gara-gara sakit gigi geraham yang dah tak terbendung ku gagahkan kaki jugak.
Dah sampai klinik macam nak lari je.
Tambah pulak pergi sorang-sorang.
Nak daftar tu pun dah takut belum masuk jumpa doktor lagi.

Doktor pelembut je orangnye.
Masuk, dia tanya nak watpe.
Terus cakap nak cabut gigi.
Bila dia check, dia kata ok kite cucuk ubat kebas.
"sakit tak doktor".
Spontan ayat tu keluar.
Lawak!!!

Banyak kali jugak dia cucuk yang kali terakhir memang mengalir air mata sikit.
Sebab tak tahan sakit.
Tunggu 5 minit, doktor panggil masuk balik dan terus cabut.
Akhirnye boleh makan dengan baik selepas ini.

Kenangan yang takkan di lupa.

Khamis

Cradle Cap (Taik Sawan)


Inila keadaan kepala twin atiqah ketika usia 4 bulan.
Nampak tak kerak di kepalanye.
Umi pernah bercerita dekat SINI...

Yup ketika ini, memang umi dah cuba pelbagai cara termasuk membotakkan kepalanye.
Tapi kerak tetap naik balik.
Puas umi cuci, pakai minyak baby, shampoo khas untuk cradle cap tapi tetap tak hilang.

Lagi di cuci lagi naik. Lepas cuci kepala merah pastu berair macam air bisa.
Kadang-kadang berbau.

Mula-mula twin kena sampai atas kening kerak ni naik.
Bila cuci bengkak mata si kakak.

Tapi alhamdulillah, kerak ini hilang setelah doktor pakar tengok.
Bukan umi bawak pergi jumpa pakar tapi pakar datang masa twin warded demam panas tahun lepas.

Petuanye:

Jangan guna shampoo sebab mungkin twin umi tak tahan dengan shampoo.

Alhamdulillah selama seminggu twin warded dan selama itu twin tak bagi pakai shampoo cradle cap mula hilang.
Kepala kembali bersih.
Rambut mula lebat, dan sekarang dah boleh ikat.

Kepada "hiasan dunia":

Saya mendoakan anak anda sembuh dari cradle cap secepat mungkin.
Inshallah dengan petua saya kongsikan dapat membantu "hiasan dunia".


Rabu

Mama Sudah Keliru



Tunjuk kat opahnye gambar ini.
Opahnye tanya balik mana satu kakak mana satu adik.
Mama dah pening.



Opah kata yang berdiri tu kakak.
Yang duduk adik.


Mama pulak kata betul..
Sekali lagi tengok, rupanye bukan.


Yang pegang kertas tu kakak.
Yang nampak belakang adik.

Hahah. mama sendiri boleh keliru bila tengok dari belakang.
Inikan orang lain.

Selasa

Berendam Puas-Puas



Kalau dulu anak-anak mama berhimpit mandi dalam kolam kecik ni.
Kini tidak lagi.
Mama telah mencari kolam yang bersesuain dengan anak-anak dan poket yang tak berapa nak ada.
Supaya anak-anak tidak lagi berhimpit.





Inila rupa kolam renang yang baru.
Takdal besar sedang elok je dengan ketinggian dan bilangan anak yang ada.
Cuma paras air tak boleh letak sampai line merah.
Twin tu rendah jalan pun belum
Karang ada yang lemas.


Dah kolam besar macam-macam barang si adha bawak masuk
Hinggakan hanger baju pun dia angkut.
Alahai anak....


Si kembar bukan main seronok dapat berendam.
Menepuk saja air.
Si adik merangkak dalam kolam.
Si kakak menjulur dalam kolam.


Tengokla aksi si adha siap meniarap lagi.
Inshallah ada rezeki kite pergi mandi kat luar okey...



Khamis

- Hari tanpa Kata-Kata Di Hari Khamis -


Noted::::

Jangan gedik-gedik depan orang.
Bila orang bercakap kang mula marah..
So ada akal pikir sendiri.

Rabu

Nampak Gaya Kena Beli Yang Besar Lagi


Dah tak muat dah.
Sebenarnye kolam ni yang adha dulu.

Tapi jadi tukun je dalam stor sebabnye adha taknak masuk dok dalam tue.
Dia berdiri di luar pastu cedok air bawak keluar dari kolam.
Dia takut nak rendam.

Bila adiknye mandi minggu lalu, dia pulak nak masuk sekali. 
Tapi mana muat sebab masa tu twin dok dalam




Besen mandi ni.
Ini pun bekas adha jugak. Semua recycle balik.
Besen mandi ni ngam-ngam je letak twin dalam tu.
Bukan main suka twin.

Jadi bila si abang dah nak join dok dalam tu tak boleh.
Mulala mama ambik kolam dalam stor bawak keluar.

Bila isi air suruh masuk, dia taknak nak jugak masuk dalam besen mandi tue.
Angkat adik dia, masuk kolam suruh dia mandi dalam besen kejap je.
Pastu keluar nak masuk dalam kolam jugak.




Tu yang jadinye macam dalam gambar kat atas tue.
Sempit, padat, dan air tak cukup.

Minggu ni kite gi cari kolam besar sikit ye.
Baru muat anak-anak mama ni.

Time Baik Macam Ni La!!!


Time baik minum susu duduk sebelah menyebelah pun takpe.
Siap boleh duduk sebantal minum susu.


Siap boleh angkat kaki.
Main tangan sama sendiri.
Bergelak sama-sama.

Tapi kalau time berebut macam ni la jadinye.


Si kakak selalu menang.
Bawak lari mainan dari tangan adik.
Kalau tak dapat adik kena babab dengan kakak



Lihat! adik dah menangis menjauhkan diri.
Makanye, kakak senyum happy.


Selasa

Alhamdulillah Daku Sudah Anda Bila Lagi???

Selamatkan bumi kite dengan pembuangan sampah yang makin berleluasa.

Alhamdulillah, sudah 3 bulan umi menggunakan CD untuk my twin.
Cuma terkilan tak dapat nak gunakan untuk abangnye.
 Sebab CD saiz XL agak mahal dan tak mampu nak beli banyak.

Selama 3 bulan umi guna CD umi sudah jimat sebanyak Rm 756.
Banyaknye duit umi save untuk beli DD.

Macam mana umi kira?

Katakanlan harga sekeping DD (umi guna DD murah je)
Rm 0.60 x 7 hari = Rm 4.20

Rm 4.20 x 30(sebulan) = Rm 126

Rm 126 x 3 (bulan) = Rm 378 

Rm 378 adalah harga penggunaan DD bagi sorang budak selama 3 bulan. Macam umi twinkan.

Rm 378 x 2 (twin) = Rm 756

Banyakkan. Kalau 3 orang pakai DD selama 3 bulan korang darabla RM 378 dengan 3 bulan. 
Pembaziran yang berleluasa bagi umi yang bergaji ciput.

So dengan adanye CD, umi bolehla berjimat dari membeli pempes untuk twin.
Tinggal yang sulung je dan sekarang dalam proses free DD.

Jom kawan-kawan kite jimat poket anda dengan menggunakan CD untuk anak-anak anda.

Isnin

Mengemas Almari Secara Beramai-Ramai


Bagaikan kembar 3 pulak tengok gambar ni,
Masa ni kat rumah adik ipar umi kat rawang 2 minggu lepas.

Baru nak masuk dalam N3...
Perbezaan umur dorang hanya 3 bulan.

Oleh kerana beza tahun makanye nanti sekolah tak samalakan.
Anak adik ipar bulan 12 2010...
Kembar bulan 3 2011.



Comelkan dorang hanya pakai cd je.
Tak sempat nak berbaju dah sibuk nak main.
Habis mainan dalam almari di keluarkan oleh kembar.



Sambil mengemas mata tetap tengok tv..
Dapat teka tak mana satu kembar mana satu sepupunye???

Senyum Yang Manis Tapi Payah Nak Dapat


Salam, sunyi betul blog umikan.
Sekejap ada N3 sekejap tiada.
Kosong !!!

Hari-hari buka blog tapi tak tau nak tulis apa.
Bila ada gambar baru tau apa nak di cerita.

Cerita apa lagi kalau bukan cerita tentang anak sendiri.
Dorangla penawar segala duka, penghibur hati umi.




Ini adalah si kakak.
Memang masam je muka.
Sukar sekali nak dapat senyuman dia terpancar di muka.

Perangai si kakak diam-diam ubi.
Nampak je diam tapi suka membuli si adik.

Apa saje di pegang si adik suka hati je merampas.
Botol susu pun kalau dia rasa nak adik sedang minum dia rampas.



Tengokla muka dia bila senyum.
Manis langsung tak jadi nak baba manja peha yang bolat.

Tapi sekarang si kakak tengah selsema dan batuk.
Tiap-tiap kali batuk ada kahak tak pandai buang.
Tapikan dia jolok jari dia bagi muntah.
Berlambak keluar kahak...

Pandai anak mama.
Moga cepat sembuh..

Rabu

WW - Comel Tak??





Nasib baik kamu kecik boleh la masuk bakul..