Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Bukan 24 Jam dah Sekarang 3 bulan Baru Siap


Mati-matiku ingatkan sistem masih sama iaitu hari ni pergi buat hari ni siap.
Sekali pergi kat Pejabat pendaftaran nak wat IC dia cakap" bulan 7 baru siap".
Alahai bila masa pulak dorang tukar sistem.
Aku baca paper hari-hari takda pulak nampak.
So nak tak nak kenala pergi ke putrajaya sebab kat sana je boleh siap dalam masa 3 hari.
Kira okeyla kan dari 3 bulan.
Kalau tak kerana nak guna cepat takda makna nak gi jauh-jauh buat ic.

Bukan apa, ramai giler orang kat kaunter JPN tu.
Umi pergi dalam kul 10 pagi sebab nak siapkan anak-anak.
Sampai sana dalam kul 11 pagi, pergi ambik no sekali no 0542.
No yang sedang di panggil baru 035+.(tak ingatla)
Masa ni anak boleh sabar lagi.
Main kat taman kanak-kanak dalam tue.
Sekali adha mengamuk coz dah mengantuk habis semua orang pandang.
Sabar je la mama.
Dahla anak mengantuk, mengamuk dan dia nangis nak main tangga bergerak tu ha.
Letih memujuk, lagi pujuk lagi kuat dia menjerit.

Masa dah menunjukkan nak dekat kul 2 petang.
letihnye menunggu, nombor 04++ pun tak panggil lagi.
Inikan nak menunggu no 0542.
Adha masa ni tak habis lagi menjerit, angkat masuk toilet cuci muka dia.
Sekali keluar kakak kaunter tu datang jumpa.

Ingatkan nak marah tapi dia cakap,
" akak jom ke kaunter 3, sebab kaunter tu memang khas untuk warga tua,oku, ibu mengandung dan anak kecik".
Alahai kak, kenapal tak bagi tau awal-awal kalau tak senang keje aku.
Akhirnye tak sampai 5 minit dah siap proses wat ic baru.
Kalau tak kerana kakak tu panggil agaknye la kan mau pukul 6 baru siap.

Semalam dah pergi ambik ic.
Buruk benar muka coz penat melayan anak mengamuk.
Tak sempat nak pergi touchup balik..
So gambar ic baru takleh letak...
Umi letak gambar ini coz baju ini dan gaya ini umi pergi wat ic.



1 ulasan:

@e_da berkata...

saya tak tukar pun lg yg baru.. huhuhu