Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Bila Gaya Tido Macam Ni Mama Yang Naik Risau


Inila gaya tido si kembar umi.
Takda kain napkin tak tido lena la dorang.
Tapi yang merisaukan hati, sebab dorang tutup muka guna kain tersebut.



Nak kata cerah takda, sebab kami family tido dalam gelap cuma lampu dapur je bukak.
Kalau tarik kain tu confirm kembar nangis.
Pernah masa kat wad doktor marah takut lemas.
Tapi nak buat macam manakan dah habit dorang.

Kalau dalam buai harap kain buai yang lubang-lubang tu je bagi udara.
Kalau kat bawah kena pantaula takut tertutup penuh pulak muka tue.

Permainan Turun Menurun


Bila punya anak ramai (3 orang je kata ramai).
Segala barang anak sulung di turunkan kepada si adik.
Tak kisahla dari segi pakaian ataua permainan.

Bagi umi pakaian si abang yang new born je la boleh diturunkan kepada si adik.
Yang lain kena simpan je la dalam almari.
Si adik perempuan manala sesuai nak pakai baju boykan.



Gambar kat atas ni masa usia si abang 11 bulan rasanye (mama lupala).
Menaiki kereta kegemaran dia hingga kini.
Berbaloi mama beli dengan harga RM50.++.
Mula-mula suami cakap membazir tapi hingga kini kereta tu masih boleh pakai tau.

Walaupun tempat duduk dia boleh cabut dah sekarang.
Lampu depan dia dah pecah.
Tak caya?






Tengok si adik menaiki kereta kegemaran abang dia.
Sekarang dah menjadi mainan si kembar.
Si abang lebih banyak naik basikal opah beli.

Kuda yang kakak naik tu beli masa jualan murah my dear baru ni.
Masih cantik walaupun sticker ada yang dah koyak oleh abangnye.

Umi harap mainan ni akan elok untuk generasi seterusnye.

Khamis

Cloth Diapers Umi Sudah jatuh Cinta


Ini koleksi CD baru sampai semalam. 
Tapi hari ni baru nak citer.

Alhamdulillah sejak pakai CD kat twin memang jimat duit dalam membeli lampin pakai buang.
Kalau tidak 80 keping tahan 2 minggu je tau.
Letih nak membeli pastu sakit hati pulak tengok buang dalam tong sampah.



CD ni umi beli sistem kutu.
Nak beli banyak-banyak macam ni den tak mampu.
Jadila kan janji koleksi twin bertambah.

Sebenarnye ada 10 CD tapi dah tinggal 8.
Ku jualkan lagi 2 kepada orang office untuk dia cuba.
Mana tau boleh bantu orang lain jimat.



Ku dah tak ingat berapa koleksi CD twin.
Dalam 50 keping dah lebih kot.
Erm, tau pakai je tak pulak kira.



Part 3 Kembar Seiras : Dorang Gaduh Sesama Sendiri Tidak?

Soalan lazim yang akan di tanya pada yang ada anak kembar.
Yup, sudah menjadi lumrah kanak-kanak bukan.
Main kalau tak berebut memang tidak sah.

Kembar umi memang tak terkecuali.
Masa belum pandi menjulur je dorang okey.
Lepas tu mula-mula aksi berebut barang walaupun barang tu ada 2.


Lihatla gambar di atas.
Botol bedak pun nak berebut.
Masa ni kaka masih mengalah adik je banyak menang.
Tapikan sekarang sebaliknye pulak yang terjadi.

siap naik atas muka.

Sekarang dorang sudah usia setahun lebih.
Makin ligat aksi bergaduh antara dorang.
Jenuh mama nak lerai.
Paling teruk minggu lepas.
Si kakak menggigit, menarik telinga dan rambut si adik.
Kecik-kecik pun berebut bagaimana pulak besar nanti ye.
Kite tunggu.


Rabu

Tempat Si Abang Membuat Baja


Kalau si abang nak buat baja dia akan lari jauh dari mama.
Takut busuk kot.
Kalau dia tiba-tiba lari jauh tengah main atau makan maknanye tengah membuat baja la tu.

Salah satu tempat kegemaran dia adalah celah rak tv kecik tu.
Kat atas tu dia tengah main bole tiba-tiba dia berdiri celah rak sambil meneran.
Sah-sah dia tengah membuat baja.


Ni dah sudah buat baja.
Mata masih dok tengok BabyTv.
Habis je lagu baru dia ajak gi basuh.
"ma, cuh ma, bucuk a'a yak".

Tahu pulak geli yea.
Alahai anak..

Part 2 Kembar Seiras : Tempat Tido

Kalau sebelum ni umi ada menulis macam boleh kenal adik kakak di SINI.
Kali ni umi nak ceritakan tentang tempat tido dorang.

Umi takda beli katil baby pun untuk anak-anak umi,
Semua hanya duduk atas tilam.
Tak mampu nak mama beli tambah pulak kembar kan.
Semua barang nak double.



Ini gambar selepas keluar wad.
Letak sebelah-sebelah je walaupun masih takut tertukar.
Tapi alhamdulillah memang tak tertukar coz memang berbeza muka dorang.
Inila tempat tido dorang bila balik ke rumah.



Ini pulak gaya tido dorang ketika umur sebulan.
Masih sebelah menyebelah walaupun dah makin lasak.
Serius umi cakap twin umi tak boleh tido jauh salah sorang confirm tak nyenyak tido.
Gambar ni masa baru balik dari hospital taiping.



Ni masa dah habis pantang.
masih sebelah menyebelah tido. 
Atas satu tilam yang panjang di kongsi dua.
Twin kecik je boleh duduk 2 orang atas tilam tue.



Ni masa umur 3 bulan atas toto je.
Masih sebelah menyebelah tido.
Masa ni dorang tak mengamuk lagi nak tido buai.

Sekarang kembar umi dah tido buai sorang satu.
Mana boleh kongsi satu buai tido 2 orangkan.
Makanye rumahku ada 2 buai tetap sebelah menyebelah letak buai tu.
Janji dorang lena sudah, tak payah susah nak beli katil baby sebab bagi umi mebazir.

Selasa

Kain Bucuk Si Kembar


Masa tengah baik nakla duduk dekat macam ni.
Masa ni baru pas berebut kain napkin.



Kain napkin adalah kain bucuk dorang.
Takda kain ni tak lena la tido.
Sebab kain ni dorang wat tutup muka.



Main aucak dengan mama. 
Tapi mama tak layan sebab mama nak jadi mamarazi.


Hari Pink Sedunia


Kalau ada anak perempuan mesti koleksi baju warna pink berlambak.
Beli baju mesti nak kaler pink.
Twinku tak terkecuali.
Kebanyyakan baju dorang warna pink.


Ini gambar hari ahad baru ni,
Tengah bersiap nak gi dataran shah alam.
Bawak si abang bermain bola.
Kembar tengok je.


Ni si adik yang dah makin cekap duduk dan merangkak.
Action je dia bila duduk depan kakak.
Menunjuk yea adik.



Ini pulak si kakak.
Baru nak belajar duduk.
Orang cakap pokok lalang sebab masih bergoyang-goyang.
Habit si kakak berebut apa yang adik pegang dan menggigit mamanye.

Isnin

Part 1 kembar seiras : Macam Mana Boleh Kenal Adik Kakak

Kali ni umi nak ceritakan tentang anak kembar.
Terlalu banyak pertanyaan yang umi dapat so umi nak sharela sikit.
Tapi takdala tahap profesional.
Kembar pun baru setahunkan.

Kali ni umi nak bercerita tentang:
Macam mana boleh nak kenal adik kakak.

 Ini gambar hari keempat setelah keluar dari wad.
Nampak tak beza muka dorang.
Kakak ( berbedung) muka lebih bulat sampaila sekarang.
Adik maintan muka bujur sikit dari kakak.



Di kala usia mencecah sebulan makin payah nak beza.
Terutamanye kalau dorang tido macam di atas.
Sumpah umi tak cam mana satu kakak dan adik bila tengok gambar ni balik.



Bila dah susah nak kenal kami bezakan dengan warna stoking.
Tapi muka dorang bezakan.
Kakak lebih bulat mcam dulu.


Sekarang usia dah pun setahun.
Lagi banyak perbezaan.
Dari segi progress si adik lagi cepat belajar dari kakak.
Ynag kuat mengalah si adik jugak.
Si adik tetap maintain kecik dan kakak makin mebulat badannye.

So, kat sini umi tekankan hanya ibu bapa dan orang terdekat dengan si kembar yang dapat membezakan mana satu adik dan kakak.
Ramai orang cakap sama tapi tetap ada perbezaan antara kembar seiras ini.


Bukan Rezeki Mama

Sepatutnye hari ini, pagi-pagi mama dah kena gi putrajaya.
Ada interview Job yang mama minat dari sekolah lagi.
Tiap-tiap tahun isi sejak habis SPM.
Tapi tak pernah di panggil.

Tapi tahun ni mama kena panggil untuk interview di Putrajaya.
Sepatutnye kul 8 pagi tadi mama dah kena jawab ujian.
Kul 9 interview.
Tapi apakan daya, mama takda rezeki kat situ.
Tahun depan cuba lagi isi.
Insyallah ada rezeki mama.


Jumaat

Anak Perempuankan, Mestila Ada Toncet...


Ni gambar lama yang tersimpan je dalam draf.

Dari dorang lahir sampaila sekarang mama tak sabar nak tocetkan kepala dorang.
Anak perempuan banyak sangat aksesori rambut kat kedai.
Poning kepala mama.

Tapi apakan daya rambut dorang ni jenis sikit tapi hitam.
Panjang pulak hanya depan dah jadi mcam jambul IPIN.

Kalau dulu adha dorang ingat perempuan, tapi twin walaupun pakai baju pink dorang ingat lelaki.
Sudah terbalikla pulak.
So nak taknak mama buatkan jugak "pokok pinang" atas kepala dorang.
Baru nampak gegirlkan.
Dapatla macam gambar kat atas tu.

Tapi tak bertahan lama.
Tak sampai sejam rambut tu kian terbukak.
Kalau pakaikan cekak getah lagila cepat bukak.
So, kenala pakaikan gaun je untuk nampak gegirl.

Kasih Ibu < Walaupun Sudah Tak Bernyawa >


Bukak FB nampak gambar ni.
Erm sedihnye.
Si anak masih menyusu walaupun si ibu sudah tak bernyawa.


Khamis

Si Tepung Gomak

Sorry gambar tak clear guna hst cap ayam je.

Inila jadinye kalau dia dapat botol bedak.
Nasib baik pakai baju kalau tak habis satu badan dia lumur bedak.
Dah rupa zombi dah mama tengok.

Hampir habis satu botol kecik bedak pureen dia main.
Jenuh mama lap lantai penuh dengan bedak.
Tapikan yang paling mama tak tahan habis kepala si kembar penuh dengan bedak.
Aishhhhhh geramnye mama.

Gambar adik takda sebab mama dah pergi bawak cuci.




Rabu

Bukan 24 Jam dah Sekarang 3 bulan Baru Siap


Mati-matiku ingatkan sistem masih sama iaitu hari ni pergi buat hari ni siap.
Sekali pergi kat Pejabat pendaftaran nak wat IC dia cakap" bulan 7 baru siap".
Alahai bila masa pulak dorang tukar sistem.
Aku baca paper hari-hari takda pulak nampak.
So nak tak nak kenala pergi ke putrajaya sebab kat sana je boleh siap dalam masa 3 hari.
Kira okeyla kan dari 3 bulan.
Kalau tak kerana nak guna cepat takda makna nak gi jauh-jauh buat ic.

Bukan apa, ramai giler orang kat kaunter JPN tu.
Umi pergi dalam kul 10 pagi sebab nak siapkan anak-anak.
Sampai sana dalam kul 11 pagi, pergi ambik no sekali no 0542.
No yang sedang di panggil baru 035+.(tak ingatla)
Masa ni anak boleh sabar lagi.
Main kat taman kanak-kanak dalam tue.
Sekali adha mengamuk coz dah mengantuk habis semua orang pandang.
Sabar je la mama.
Dahla anak mengantuk, mengamuk dan dia nangis nak main tangga bergerak tu ha.
Letih memujuk, lagi pujuk lagi kuat dia menjerit.

Masa dah menunjukkan nak dekat kul 2 petang.
letihnye menunggu, nombor 04++ pun tak panggil lagi.
Inikan nak menunggu no 0542.
Adha masa ni tak habis lagi menjerit, angkat masuk toilet cuci muka dia.
Sekali keluar kakak kaunter tu datang jumpa.

Ingatkan nak marah tapi dia cakap,
" akak jom ke kaunter 3, sebab kaunter tu memang khas untuk warga tua,oku, ibu mengandung dan anak kecik".
Alahai kak, kenapal tak bagi tau awal-awal kalau tak senang keje aku.
Akhirnye tak sampai 5 minit dah siap proses wat ic baru.
Kalau tak kerana kakak tu panggil agaknye la kan mau pukul 6 baru siap.

Semalam dah pergi ambik ic.
Buruk benar muka coz penat melayan anak mengamuk.
Tak sempat nak pergi touchup balik..
So gambar ic baru takleh letak...
Umi letak gambar ini coz baju ini dan gaya ini umi pergi wat ic.



WW - Comot


Comotnye anak mama.
Gambar ni di tangkap masa adha bru habis makan.
Tak sempat nak lap mulut dia dah main.

Takpela, comot-comot pun hensem di mata mama.

Selasa

Si Domok Mama Kuat Menggigit


Inila si anak ayah tapi tido cari mama.
Badan yang dah makin bulat tak larat dah mama nak dukung lama-lama.
So cepatla jalan ye kakak.
Kejar adik yang dah laju merangkak.

Berbalik pada tajuk.
Si kakak dah pandai menggigit sekarang ni.
dah 4 batang gigi.
2 atas dan 2 bawah.
Akan menyusul lagi 2 bahagian atas.

Sakitnye bila dia menggigit.
Menjerit mama bila dia gigit.
Gigit bukan gigit besar pulak tu, tapi jenis gigit kecik je.
Memang sakitlakan.
Bila marah dia gelak je.

Bengkak habis badan bila dia menggigit.
Tak kisahla kat mana dia gigit.
Bila time menggigit dia sampai apa yang dia nampak dia gigit.
Setakat ni mama je la yang kena si adik belum lagi jadi mangsa.
Tapi si abang dah kena sekali 2 hari lepas dalam kereta.
Selak abangnye kena gigit...


Orang Nak Badan Kurus Tapi Aku ....



Kuruskan umi.. hanya berat tak sampai 50 kg dah sekarang.
Makan banyak tapi tak jugak berisi.
Mungkin umi ni jenis badan kering kot.

Mengimbas zaman sekolah terlalu banyak gelaran yang ku dapat. 
Sebab bdan yang kering ni ha.
Macam-macam dah ku telan tapi tak jugak berisi.
Kalau nak berisi mungkin kena pregnant kembali.
Boleh gitu????

Kalau sapa-sapa ada petua nak menaikkan berat badan sharela yea..
Naik sikit pun jadila.
Coz bila badan kurus ni, cepat benar tekanan darah rendah datang.
Terutamanye bila badan kite terlalu penat.

Isnin

No Mood


Layan je la gambar my twin kat atas tu...
Dah makin banyak akal dorang sekarang.
Cuma mama je tak sempat nak mengupdate blog...

Jumaat

Bila si Adik Meragam


Bila si adik meragam..
Memang tak jadi kerjala mama.
Tidak tahu apa punca.
Asyik nangis je..

Mintak-mintakla hari ni dah okey.

Isnin

Along owh Along...


Tadi umi binangkan pasal si adik.
Tapi kali ni kisah si abang yang makin panjang akalnye.
 Kalau dulu tido waktu siang 2 kali sehari.
Sekarang jadi sehari sekali paling lama 3 jam.

Tapikan sekarang, kalau dia layan citer cartoon,
Woderpets, dora, dan diego kat tV 9 jangan harapla boleh tido petang selagi tak habis citer tu.

Tambah pulak kalau ada ayahnye kat rumah lagila payah nak tido siang.
Tapi senang keja mama sebab kalau tak tido siang malam lepas maghrib dia dah terbongkang depan tv.

Lain pulak, kalau dia tido petang dah lewat macam hari sabtu baru ni.
Ingat malas dah nak suruh dia tido sebab dah kul 4 petang,
Sebab confirm dia bangun nak dekat kul 6.
Tapi akhirnye dia tertido sebab hujan lebat petang tu.
Nak dekat kul 7 baru bangun.

Makanye malam tu dia jadi "musang".
Kul 12 malam masih main mainan.
Mama pura-pura tido pun taknye layan.
Siap main kereta atas perut mama.

Mainla nak sampai kamu ngantuk.
Ntah kul berapa dia tido pun mama tidak tahu.
Sedar kul 1 tengok dia dah terbongkan sebelah mama dia.









Inila rupa budak malam tu tak nak tido.
Siap susun mainan dia.


Mata dah tak larat nak buka tapi masih ada hati nak main.

Anak-anak korang macam ni tak???

Adik owh Adik


Inila anak bongsu umi setakat ini.
Diala paling nakal dalam rumah.
Akalnye, ada saje dia nak buat.

Kalau dalam kereta mama bawak confirm dia dok depan.
Yup, twin umi tak duduk dalam car seat.
Tapi alhamdulillah dorang baik je dok dalam kereta. 
Takda kacau mama, atau nangis.

Tapi kalau ayah bawak adik mesti dok belakang dengan mama dan abang.
Si kakak dok depan.
Kalau dua2 dok belakang habis mama.
Berebut nak naik kat mama termasuk abangnye.






Dalam minggu lepas si adik dah mula boleh duduk.
Di kala genap usia 1 thun 1 bulan.
Lambatkan?
Tidak mengapa janji anak-anak umi sihat sudah.
\Sejak dah boleh duduk, adik dok buli kakak je.

Kakak masih menjulur dan mengangkat punggung nak merangkak.
Tapi tak jugak merangkaknye.
Adik siap tepuk tangan bila dah boleh duduk.
Nakalnye anak mama.

Jumaat

< Ini Bukan Gurauan >

Dok asyik tengok dalam FB tiba-tiba nampak pos ni.
Risau hati sebab umi pun bawak kereta.
Jauhkanlah aku dari musibah sebegini.

Jom Baca umi copy paste dari FB je..


Ini Bukan Gurauan..

Sedarlah semua! Tolong sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekian, terima kasih.
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...


BE From Nuffnang


Ty nuffnang BE baru yang sedang berlegar di muka blogku...
Walaupun traffik blog ku tak sehebat orang lain, tapi ada jugak BE mahu muncul di blogku.

Tidak pernah lagi BE ku mencecah RM 5 ke atas.
Paling kuat Rm 4.++
Jadila kan dari takda.

Kawan-kawan sudila klik iklan nuffang kat blog umi yea.
Moga ada rezeki untuk anak-anak

Khamis

Usia 2 Tahun 5 bulan Nak Mengenal Huruf

Alhamdulillah ya allah.
Di kala usia adha nak mencecah usia 2 tahun 5 bulan dia dah mula mengenal huruf ABC.
Tapi hanya sampai H je la dulu.
Siap boleh sebut a = ayam dan sampai la huruf H dia boleh ingat untuk apa.

Berkat mendengarkan cd huruf dan abjad jawi adha dah mula mengenal sedikit sebanyak abjad ketika ini.
Bukan ku nak banggakan anak sendiri.
Tapi cukupla buatku gembira kerana di usia belum 3 tahun dia dah mula mengenal.
Tak salahkan kite mengajar dari kecik.

Hanya satu je kelakar bila dia sebut huruf ABC ni :

A = ayam
B = sepak
C = cak(cicak)
D = aun (daun)
E = emak
F = feri
G = Ajah (gajah) 
H = Harimau

Apa yang pelik kat atas tue????






Sebenarnye B adalah untuk bola tapikan dia sebut "SEPAK"....

adoila anak...


Rabu

Melayan Anak-Anak Bermain

Sejak kes penculikan kanak-kanak baru ni.
Mama dah takut nak bawak anak-anak main kat taman sendirian.
Takut tak tertengok si adha main tak pasal-pasal hilang.
Takutnye.

Nasib baikla anak mama tak banyak ragam nak main kat mana.
Janji dapat keluar dari dalam rumah sudah.
Jadi mama layanla anak mama di kawasan pagar rumah je..


Inila aksi si kembar kalau dapat lepas main kat luar.
Ops, walaupun twinku dah umur setahun dorang masih belum jalan.
Merangkak pun belum.
Mama tak kisah janji anak mama sihat sudah.
Pedulikan kata-kata orang.




Si abang taknak main dalam pagar.
Coz takleh nak kayuh basikal.
Ruang sempit sebab ada kereta.
So mama layan abang kat luar pagar sambil tengok kembar main dalam pagar rumah.




WW - Mendodoikan Sama Sendiri

Kakak mendodoikan adik... 


Adik mendodoikan kakak..

Isnin

Mengamuk Secara Berjemaah

Tension & pening kepala mama.
Makin kuat rambut mama gugur.
Sekarang anak-anak mama pandai mengamuk secara berjemaah.

Adoila anak..
Letih dah mama tak terlayan mama nak oit.
Ambik si adik, kakak mengamuk.
Ambik kakak adik pulak mengamuk.
Layan kembar si abang pulak menjerit nak itula inila.

Last-last mama buat nangis dorang pulak diam.
Tapi takkanla nak pura-pura nangis sampai letih.
Sabar jela...



Meragam Sampai Ke Pagi

Assalammualaikum.
N3 Pembuka di bulan april.

Umi nak ceritakan perihal kembar umi yang umi tidak tahu kenapa.
Asal keluar je jalan waktu malam dalam kul 8 sampai kul 9 malam balik mesti nangis sampai ke pagi.
Bukan balik tak cuci dulu badan dan tukar pakaian.
Semua dah umi buat.

Tapikan bila dia tido, kejap-kejap bangun nangis.
Bagai nak cabut nyawa.
Tapi mata pejam.

Bila dah jadi macam ni, twin kalau nangis tak muntah memang tak sah.
Fesyen dah anak-anak umi ni
Angkat basuh muka, bacala ayat apa yang patut.
Tido la lena kejap dalam sejam pastu nangis lagi.
Tension mama!!!

Itu sebabla umi dengan suami jarang sangat nak bawak anak-anak keluar malam.
Kalau balik kampung singgah R&R kejap je janji jangan bawak turun dorang dari kereta.
Kalau bawak turun akan jadi macam ni la...

Ada tak anak-anak korang jadi macam ni.???