Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Countdown Bifday Part 1



Buat anak kembar kesayangan mama.
Disini mama tuliskan segala perjalanan anak mama dari dalam perut mama hinggala saat sekarang usia kamu.
Yang sudah mencecah 1 tahun pada 4 march 2012.

Di saat mama dapat berita mama mengandungkan kamu, mama hampir tak dapat menerima, kerana abang kamu masih terlalu kecil untuk menerima kehadiran kalian. Sampai satu tahap doktor yang mama jumpa suruh gugur kalian berdua. Allahhuakhbar. Tuhan masa besar sayang. Mama akur terima kalian berdua dengan hati yang gembira walaupun masih belum tahu yang mama mengandungkan kembar.

Setelah 4 bulan mengandungkan kamu, mama di beri berita gembira yang mama membawa 2 jasad yang bernyawa. Terima kasih ya allah. Itupun setelah mama mengalami bleeding akibat jatuh dari motor. Maafkan mama sayang. Mama tak sengaja nak menyakiti kalian.

Dugaan mengandungkan kalian amat hebat. Mama dah tak larat nak berjalan di awal kandungan 6 bulan. Mama tempuh semuanye walaupun mama kerap mc. Yeala badan mama kecik je tapi baby ada 2 comel pulak tu kan..

Setelah kandungan mama dah cukup bulan mama dapat berita mama kena lahirkan anak2 mama melalui tingkap. Sedih sebab mama nak sangat melahirkan anak2 mama secara normal. Tapi apakan daya anak2 mama tidak memusing (ruang yang sempit).





03 march 2011 mama dah melaporkan diri di hospital Tengku Ampun Rahiman Klang. Masa ni mama happy sangat coz tak sabar nak jumpa anak2 mama. Hari ni hari terakhir anak2 mama dalam perut mama. Dalam gembira mama sedikit risau untuk hadapi hari esok di mana anak2 mama akan diikeluarkan melalui pembedahan.




Tepat jam 11.30 pagi mama di sorong masuk ke dalam dewan pembedahan. Dalam hati mama, mama berdoa banyak2 agar mama dan anak2 mama selamat. Anak mama nak tahu ? doktor pakar tak caye mama pregnant kembar. Doktor cakap perut mama kecik je. Takpela, dia tak caya janji anak2 mama selamat sudahla kan.

Alhamdulillah jam 12.03 & 12.04 tgh hari, hari jumaat anak2 mama selamat dikeluarkan dari rahim mama. Kempis sudah perut mama. Tapikan anak2 mama di bawak ke bilik pemantauan coz berat adik & kakak hanya 2.17 kg & 1.93kg je... 



Alhamdulillah. di hari ketiga mama dapat pulang ke rumah bersama-sama anak mama. Puas pujuk doktor lepaskan adik. Coz mama taknak bawak balik kakak sorang. Kesian adik kena tinggal nanti..

Keesokkan hari kite dha gerak pulang ke kampung makpah...

*** Nantikan sambungan n3 kembar hingga setahun...


Tiada ulasan: