Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Check Up Setahun Wiwin >_< Sendirian Dengan Mama

Alhamdulillah, genap sudah usia anak dara wiwin umi setahun ahad lepas.
Makanye, kenala gi cucuk setahun hari ni.
Mama sebenarnye dalam dilema pagi tadi.
Nak bawak ke tak, bukan apa suami takda so macam mana nak bawak wiwin gi cucuk.


Akhirnye setelah berfikir habis, kul 8.30pg umi gerak dari rumah.
Hantar si abang rumah bs terus pergi ke klinik kerajaan seksyen 19.
Reaksi bila pergi klinik semua mata memandang si wiwin.
Soalan yang selalu di tanya:
  • kembar ke?
  • Keturunan sebelah sapa?
  • alahai keciknye anak..
    mintak sorang boleh???
So, mama dh lali dengan semua soalan kat atas tue.
Jawab dengan senyumam.

Wiwin mama anak yang baik. Tak meragam cuma sesekali je merengek nak susu.
Adik paling baik hari ni. Tak minta didukung mcm kakak.
Kakak tak sihat. demam tapi tak tinggi.
Asyik nak dukung je. Letih mama.

Hasil timbang hari ni kakak dah naik 7.5kg.
Patutla makin bolat. Dah penat mama nak dukung lama2.
Si adik kecik lagi baru 6.9kg. Jauhkan beza kakak dengan adik.
Jangan ingat umi tak bagi makan tau.

Adik ni kuat makan dari nyusu. Bagi je la apa pun dia makan je.
Kakak memilih, lebih suka biskut dan susu.
Kalau nampak botol kat bawah, dia tak kisah susu sape janji dia dapat minum.

Berbalik kepada checkup tadi, adik je dapat hadiah dari nurse iaitu "cucuk sejarum".
Menangis kejap je. Pastu diam.
Masuk stroller bagi susu terus tido.

Kakak next week kena gi cucuk coz demam tadi..
Takpela janji anak mama sihat sudah.

Ty wiwin mama memberikan kerjasama yang terbaik kepada mama tadi.
Good for mama berani bawak anak sendirian ke klinik.



1 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

Ummi, minta maaf tak dapat dtg weekend hari tu...allysha exam, so bussy dengan preparationnya...

happy birthday twins...muahh muaahhhh:)