Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

New Arrival QQ Baby Printed Pul/Minky



Anak arau anda menyukai cartoon seperti :
  • Angry bird
  • Smurf Mushroom
  • Bees
  • Chinaman
  • Fruits
  • Fish
  • Donald
  • Panda
  • Nemo
  • Hamster
  • Ice cream
Kini koleksi cd QQ baby menyediakan design cartoon kegemaran anak-anak zaman kini.
Apa lagi cepat grab 1 pc sebelum kehabisan.

Harga:

1 pcs : Rm 24
5 pcs : Rm 110 (free pos S/M)
add rm 5 untuk S/S






Berminat nak membeli atau mencuba.
Massage ke no handphone umi (0125500249) @
Email kepada : ummi.perak@gmail.com

WW- Kesilapan Dalam Mendidik Anak



1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Isnin

Makin Ketara Perbezaan Mereka


Sekarang dah ramai kenal mana satu atiqah dan mana satu aqilah.
Yup perbezaan yang makin ketara terutamanye dari segi bentuk badan.

Yang debab tu adalah atiqah.
Si kakak ni kurang makan tapi kuat nyusu.
Kalau makan memilih sikit.
Kalau biskut laju je dia makan.
Anak ayah, sebab pantang nampak ayah balik lupala mama.
Tapi time tido cari mama.

Yang kecik tu, aqilah.
Si adik, kuat makan tapi kurang nyusu.
Bagi je apa benda pun dia makan semua.
Ni anak mama, mungkin sebab tu dia kecik macam mama.


Banyak lagi perbezaan dorang ni. 
Nanti umi citer 1 persatu.
Walaupun dorang kembar seiras tapi ada perbezaan..

Ahad

Besar, Harap Tidak Meninggalkan Kesan


Sudah berparut sudah badan ku.
Harap tidak meninggalkan kesan.
Walaupun tak mengelembung, tapi kesan merah tu sakit tiap2 kali anak duduk.

Khamis

Genap 8 Hari...

Hari dah genap 8 hari anak-anak tak sihat.
Demam yang bukan makin kebah tapi makin naik.
Klinik dan hopsital dah penat pergi tapi tak jugak surut.
Ubat demam dah masuk 3 botol nak habis tapi demam tak kebah.

Ya Allah sembuhkanla anak-anakku...

Rabu

Rela Tinggalkan Family Demi Pakwe


Wahai dik, umur masih muda sayang.
Tahun ni exam, kenapa begitu mudah buat keputusan.

Sampai hatinye, buat mak pak nangis memikirkan keadaan kamu.
Akhirnye, kamu di jumpai selamat di rumah kekasih hati.

** Ya allah jauhkanla musibah sebegini dari keluargaku.

Jalan-Jalan Di Taman Metropolitan...

Sedih tau.
Kenapa sedih?
Coz masa ni nak gi tengok pesto belon panas kat putrajaya tu.
Tapi en suami taknak bawak.
Nak pujuk punya pasal dia bawak gi taman metropolitan.
Kononye nak bawak si adha main layang-layang.

Tapi apa jadi??
Kelakar jadinye.
Layang2 tak boleh naik walaupun banyak layang-layang yang terbang kat atas sana.
Mama tak pandai nak terbangkan, si adha lagila, ayahnye?
Cakap pandai kata boleh main sekali tak naik.
Dah bergelak kat situ.
Buat malu je..

Last2 sibujang tu dah mula bosan.
Bawak pergi main kat kawasan taman permainan dekat situ.
 Memang happyla diakan.
Permainan kegemaran dia.







Siap berlari-lari ntah dengan sapa.
Orang lari dia lari.


Ayah jaga adik dalam stroller.
Sambil makan ais krim.




Orang naik ikut tangga tapi dia naik ikut papan gelongsor ni.
Nasib baik rendah bolehla naik kan.



Elok je main, dia boleh pulak ternampak budak main pistol bubble.
Asyik je dia tengok sampaikan dia dh dok merengek nak satu.
ajak main pun taknak.

Mama yang tak boleh dengar anak merengek, rembatla satukan.
Walaupun harganye  Rm10 ringgit.


Lihat, begitu asyik menembak je.
Mama panggil tengok kamera pun taknak dah.

Muka happy dapat main bubble.
Asyik kena tegur dengan mama kerana dia asyik tembak ke bawah.
orang tembak kat atas.


Tak sampai 10 minit habis dah buih belon tue. 
Sekali picit lama. 
Mama nyorok satu botol lagi buih belon.
Kalau tak dia taknak balik..

Selasa

Mood Swing < Anak-Anak Tak Sihat >




Bila anak-anak tak sihat asyik tido, merengek dan muntah.
Malam ni kalau masih panas badan 3 beradik ni mama nk kena bawak ke hospital terus.
Coz dah nak masuk 5 hari demam bukan makin hilang tapi makin kuat panasnye...

Jumaat

Khas Untuk Ibu-Ibu Mengandung < Surah Yang Elok Di amalkan>

  • Doa memohon rahmat ( surah ali imran 3:8-9)
  • Doa memohin zuriat yang baik ( surah ali imran 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat ( surah ibrahim 14:40-41)
  • Untuk terang hati (surah al-fatihah)
  • Memudahkan bersalin ( surah al-maryam)
  • Untuk anak yang cantik rupa &akhlak (surah yusof)
  • Untuk anak yang cerdik akal dan jiwa ( surah luqman)
  • Untuk ketenangan hati & anak tdk terpengaruh godaan syaitan ( surah yassin)
  • Bayi lembut hati ( surah toha)
  • Anak yang berdisiplin ( Surah al-nahl)
  • Memperbanyakkan susu ibu ( surah hujurat)
  • Membersih jiwa drai maksiat ( surah al-taubah)

Bila Adik Tak Sihat , Inila Rupanya



Bila cuaca tak menentu keadaan si adik jugak berubah..
Batuk,selsema pastu nafas dah mula laju.
Sejak rabu dan khamis 2 hari mama gi ambik nab kat klinik.
Kalau malam ni tak baik mama akan ke hospital.
Sejak semalam adik dah kurang aktif, main kejap dah mengamuk nak tido.
Kalau tido, lama pulak tu.
Makan pun dah kurang, nyusu je kuat.

Harap adik sembuh hari ni.
Mama taknak adik masuk wad lagi.

Khamis

Alpa or Leka < Kematian Kanak2 di tasik Titiwangsa>

Ya, Allah sekali lagi berita kematian kanak-kanak disiarkan.
Kali ni akibat lemas di tasek titiwangsa..
Berapakah usia kanak-kanak tersebut???

2 TAHUN!!!

Ini membuatkan umi takut nak bawak anak-anak sendirian ke Tasek Shah Alam.
Setakat ini alhamdulillah, memang umi pantau adha main.
Tidak boleh hilang depan mata, mesti menjerit mama memanggil nama.

Tapi, Allah dah tetapkan segala-galanye.
Mungkin ini dah ajal anak kecil itu.

Kejadiaan ini dapat dielakkan seandainye lebih peka terhadap anak kecil main di kawasan tasek..

Al-Fatihah untuk anak kecil ini..

Kerana Mulut < Dirang Di Bunuh>

Terkejut bila mengetahui motif pembunuhan kanak-kanak comel di JB baru-baru ini.
Kerana nenek Dirang maki suspek nyawa kanak-kanak ini melayang.

Betulla kata orang dulu-dulu.
"terlajak perahu boleh undur, terlajak kata nyawa melayang".

So jagala kata-kata anda dan diri umi sendiri.
Manusia ni kite tak tahu macam mana perangainye.
Baik di depan mata tapi di belakang kite tuhan saja yang tahu.

Al-Fatihah to adik Dirang

Rabu

WW < Wiwin Dengan Nenek >


Nampak sangat wiwin umi tak mesra orang.
Dengan nenek sendiri pun nangis sampai muntah.
Alahai anak.

Selasa

Al - Fatihah < adik Nurul Nadirah Abdullah >



Manisnye senyuman mu wahai dirang.
Sejuk hati unty melihatnye.
Tapikan apakan daya Allah elbih menyanyangimu.
Amanla kamu disana wahai anak.
Al- Fatihah.

***Noted: anak kecil sebegini dibiarkan ke kedai sendirian. Dunia FB lebih penting dari anak kecil yang comel yang ingin makan mee segera..

Isnin

Sekitar Majlis Hari Jadi Si Kembar

Alhamdulillah, akhirnye selesai jugak majlis hari jadi yang pertama si kembar umi.
Walaupun pada mulanye hujan lebat tepat-tepat event bermula.
Tapi Allah itu maha mengetahui, selebat-lebatnye hujan akhirnye berhenti dalam nak dekat jam 4 petang.

Syukur ya Allah, majlis berjalan dengan lancar.
Makanan yang di sedikan memang terlebih mencukupi.
Siap bungkus kat tetamu.

Tapikan, si wiwin yang meragam.
Huhu penat mama.
Bak kata orang pantai timur, wiwinku "darat".
Tak mau dengan orang, menangis je kejenye.
Bagi tido, tak sampai 10 minit bangun balik, letak bawah nangis, dukung pun nangis.
Mungkin terkejut sebeb rumah ramai orang.

Mari tengok gambar makanan yang ada...

Set Party





Roti jala

Bihun Goreng

karipap + keropok lekor

Laksa Utara

Air Oren + Kuah laksa

Kek wiwin
 Ni pulak gambar wiwin dengan mama dan ayah.





Tengokla gambar masa belah kek tu..
Si adik dah nangis kaka pulak boleh pulak pegang kek habis tangan ayah dan tangan kakak.
Tak sempat nak lap habis muka kakak dengan krim..
So funny...
Ini aje gambar yang ada coz tak sempat nak tangkap gambar lain.
Gambar tetamu pun takda.

Insyallah next year birthday akan di buat di shah alam lagi...

< Cuci Mata Dulu >

Ahad

- JEMPUTAN KE MAJLIS HARI JADI AUNI AQILAH & AUNI ATQIAH-


Umi ingin menjemput kawan-kawan yang mengenali umi dan membaca blog umi,
menghadiri majlis hari jadi twin kesayangan umi yang pertama.

Maklumat adalah seperti berikut:

Alamat : No 9 Jalan Tanjung Ru, 24/17 Seksyen 24 40300 Shah Alam.
Tarikh  : 11 March 2011
Jam      : 3 petang - 7 petang

Kehadiran anda amat di hargai...

Khamis

Atomic Enema


Oleh kerana si adik dah 2 hari takleh nak membuang.
So, mam nak try ubat ini hari ni.
Kesian mama tengok menangis tiap-tiap kali nak teran najis.
Tapi sikit je keluar lekat kat CD..
Moga dengan bantuan ubat ini, adik boleh tido dengan aman ye sayang..

Rabu

WW- Cepatla Sembuh Sayang


Gambar si kaka masa gi checkup kat hospital isnin lepas.
Kakak tengah demam sekarang.
Tak tido malam mama dibuatnye.
Cepat sembuh ye..
Ahad ni kite belah kek dengan adik...

Selasa

Tanggapan Negative Mengenai CD <' '> Buang Jauh-Jauh

Sedar tak sedar dah hamoir 40 keping koleksi CD my wiwin.
Alhamdulillah makin jimat duit poket.
Makin kurang sampah.

Tak nyusahkan diri ke nak basuh lampin ni? Pakai DD kan senang.
Inila ayat yang selalu umi dengar dan umi jugak pernah cakap waktu dulu :)

Yes, mula-mula umi pun berfikir macam tu.
Why, nak susahkan diri balik kerja dah la penat.
Nak layan anak2, nak masak, dan segala kerja banyak lagi nak buat.

Siapa cakap CD menyusahkan?
Dari segi modal???
Yup! memang banyak wang kena keluarkan tapi amat berbaloi-baloi.
Boleh pakai lama dan berulang kali tanpa perlu membuang ke dalam tong sampah..

Basuh susah?
Sapa kata susah, senang je. Kalau baby poo poo pancut je bawah air laju bagi hilang najis tue.
Pastu masuk mesin biar dia jalankan kerja..
Senang tak???

Kualiti tak sama dengan DD?

Ini umi yakin pada CD 100%. Anak umi pakai DD kerap sangat merah kat punggung.
Yeala mampu beli yang murah je, mahal tak mampu,twin semua double.
Tapi alhamdulillah walaupun pakai CD jenama biasa je kulit wiwin alhamdulillah okey.
Takda lagi merah,


So apa lagi kawan-kawan. Jom pakat cuba pakaikan anak2 dengan CD.
Banyak yang cantik-cantik. 
Kite pakat ramai-ramai selamatkan bumi dari pembuangan DD..

Check Up Setahun Wiwin >_< Sendirian Dengan Mama

Alhamdulillah, genap sudah usia anak dara wiwin umi setahun ahad lepas.
Makanye, kenala gi cucuk setahun hari ni.
Mama sebenarnye dalam dilema pagi tadi.
Nak bawak ke tak, bukan apa suami takda so macam mana nak bawak wiwin gi cucuk.


Akhirnye setelah berfikir habis, kul 8.30pg umi gerak dari rumah.
Hantar si abang rumah bs terus pergi ke klinik kerajaan seksyen 19.
Reaksi bila pergi klinik semua mata memandang si wiwin.
Soalan yang selalu di tanya:
  • kembar ke?
  • Keturunan sebelah sapa?
  • alahai keciknye anak..
    mintak sorang boleh???
So, mama dh lali dengan semua soalan kat atas tue.
Jawab dengan senyumam.

Wiwin mama anak yang baik. Tak meragam cuma sesekali je merengek nak susu.
Adik paling baik hari ni. Tak minta didukung mcm kakak.
Kakak tak sihat. demam tapi tak tinggi.
Asyik nak dukung je. Letih mama.

Hasil timbang hari ni kakak dah naik 7.5kg.
Patutla makin bolat. Dah penat mama nak dukung lama2.
Si adik kecik lagi baru 6.9kg. Jauhkan beza kakak dengan adik.
Jangan ingat umi tak bagi makan tau.

Adik ni kuat makan dari nyusu. Bagi je la apa pun dia makan je.
Kakak memilih, lebih suka biskut dan susu.
Kalau nampak botol kat bawah, dia tak kisah susu sape janji dia dapat minum.

Berbalik kepada checkup tadi, adik je dapat hadiah dari nurse iaitu "cucuk sejarum".
Menangis kejap je. Pastu diam.
Masuk stroller bagi susu terus tido.

Kakak next week kena gi cucuk coz demam tadi..
Takpela janji anak mama sihat sudah.

Ty wiwin mama memberikan kerjasama yang terbaik kepada mama tadi.
Good for mama berani bawak anak sendirian ke klinik.



Jumaat

Countdown Bifday Part 1



Buat anak kembar kesayangan mama.
Disini mama tuliskan segala perjalanan anak mama dari dalam perut mama hinggala saat sekarang usia kamu.
Yang sudah mencecah 1 tahun pada 4 march 2012.

Di saat mama dapat berita mama mengandungkan kamu, mama hampir tak dapat menerima, kerana abang kamu masih terlalu kecil untuk menerima kehadiran kalian. Sampai satu tahap doktor yang mama jumpa suruh gugur kalian berdua. Allahhuakhbar. Tuhan masa besar sayang. Mama akur terima kalian berdua dengan hati yang gembira walaupun masih belum tahu yang mama mengandungkan kembar.

Setelah 4 bulan mengandungkan kamu, mama di beri berita gembira yang mama membawa 2 jasad yang bernyawa. Terima kasih ya allah. Itupun setelah mama mengalami bleeding akibat jatuh dari motor. Maafkan mama sayang. Mama tak sengaja nak menyakiti kalian.

Dugaan mengandungkan kalian amat hebat. Mama dah tak larat nak berjalan di awal kandungan 6 bulan. Mama tempuh semuanye walaupun mama kerap mc. Yeala badan mama kecik je tapi baby ada 2 comel pulak tu kan..

Setelah kandungan mama dah cukup bulan mama dapat berita mama kena lahirkan anak2 mama melalui tingkap. Sedih sebab mama nak sangat melahirkan anak2 mama secara normal. Tapi apakan daya anak2 mama tidak memusing (ruang yang sempit).





03 march 2011 mama dah melaporkan diri di hospital Tengku Ampun Rahiman Klang. Masa ni mama happy sangat coz tak sabar nak jumpa anak2 mama. Hari ni hari terakhir anak2 mama dalam perut mama. Dalam gembira mama sedikit risau untuk hadapi hari esok di mana anak2 mama akan diikeluarkan melalui pembedahan.




Tepat jam 11.30 pagi mama di sorong masuk ke dalam dewan pembedahan. Dalam hati mama, mama berdoa banyak2 agar mama dan anak2 mama selamat. Anak mama nak tahu ? doktor pakar tak caye mama pregnant kembar. Doktor cakap perut mama kecik je. Takpela, dia tak caya janji anak2 mama selamat sudahla kan.

Alhamdulillah jam 12.03 & 12.04 tgh hari, hari jumaat anak2 mama selamat dikeluarkan dari rahim mama. Kempis sudah perut mama. Tapikan anak2 mama di bawak ke bilik pemantauan coz berat adik & kakak hanya 2.17 kg & 1.93kg je... 



Alhamdulillah. di hari ketiga mama dapat pulang ke rumah bersama-sama anak mama. Puas pujuk doktor lepaskan adik. Coz mama taknak bawak balik kakak sorang. Kesian adik kena tinggal nanti..

Keesokkan hari kite dha gerak pulang ke kampung makpah...

*** Nantikan sambungan n3 kembar hingga setahun...