Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Ini Mungkin Malam Terakhir..

Di ambil dari Fb ayah arwah adik faris..
Tersentuh hati dengan kata-katanye,
Umi nak kongsikan di sini...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.


Bottom line is...... Hargailah masa anda bersama anak-anak... Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.


Khamis

Damailah Wahai Adik Faris.. Syurga Menanti Mu Nak.

  Ya Allah lihatla betapa ceria muka si adik faris.
Seceria nye wajah ini siapa sangka ajal akan menjemput di kala usianye begitu muda(6 tahun).
Hanya dari demam panas yan sinonim bagi budak-budak tidak dijangka penyakit lain yang muncul.



Beginila keadaan adik faris setelah menjalani beberapa kali rawatan kimoterapi (4kali tak silap umi).
Hanya bergantung sepenuhnye dengan mesin oksigen.
Ya Allah, begitu terseksa aku melihat wayar begitu penuh di badannye.
Ada 1 gambar mengalir air matanye dengan mata terbuka.
Sayu.
Mungkin ingin mengadu kesakitan yang di alami.




Ini gambar di pagi ini.
Dimana adik faris telah di jemput oleh Allah meninggalakan mama, ayah dan adik beradiknye.
Sungguh ku tak tahan nak mengalir air mata.
Umi dah terbayang andai umi berada di tempat mamanye ini.
Pengsan mungkin.
Kuatnye mama faris.
Sabarlah wahai abah dan mama faris.
Syurga sudah menantimu.


AL-FATIHAH








***Untuk info lebih lanjut klik fb ayah faris  atau blog mazidulakmal.com

Masuk Boleh Keluar Tak Boleh


Inila budak yang masuk dalam baldi..
Siap ambik baldi di dapur bawak ke ruang tamu.
Dengan tak berbaju masuk dalam tue.
Happyla masa ni.
Pastu.....































Gelak-gelak nak keluar tak boleh.
Rasakan cakap mama tak dengarkan..
Kelakar jugak tengok dia dok dalam tu.
Dah la bolat badan ngam-ngam je...


Rabu

WW - Erm, Terkilan Makanan Ku Habis Di Makan Orang.


Walaupun dah ku simpan di dalam laci tetap di makan.
Erm, takpela mungkin takda rezeki.
Tapikan kalau dah tau makanan orang takkanla nak habiskan kot.


Hina Sangat Ke Janda!?... ( I Love My Mum)

 Yea, di sini memang umi nak bercerita bukan nak buka pekung di dada.
Tapi biar orang sedar tak semestinya janda itu hina.
I respek my mum.
Tapi jangan hina mak umi janda.
Aku lebih kenal siapa diri mak aku sebenar dari "kau".

Walaupun my mum memegang status janda sejak usia aku 1 tahun.
Mak aku mampun cari rezeki yang halal. 
Tanpa meminta dengan sesiapa pun.
Kau tahu, kami adik beradik bergilir pergi sekolah kerana duit tak mencukupi.
Kau tahu!!! kami berkerja menolong mak mencari pendapatan.
Asal ada kerja kami buat. 
Kawasan kampungku memang buat bermacam-macam projek.
Kami ambik upah  menyiang ikan hanya Rm 5 untuk 10kg.
Ambik upah buat kuih raya time puasa untuk membeli baju raya tiap-tiap tahun.
Ambik upah kupas pisang setandan hanya berapa ringgit.

Ada kau tahu semua tu.
Ayah!!!!!!!!!
Hilang ntah kemana. Wang ringgit tak pernah di hulurkan.
Itu sebab umi tak berapa suka ayah walaupun bila dah besar ni dia mula mencari anak-anaknye.

Please jangan di hina mak umi.
Mak umi adalah satu-satu nyawa umi yang ada.
Mak umi tak kacau dia "kau".
Sedarla!!!
Family "kau" pun memegang status yang sama.
Tapi sedikit pun tak pernah ku menghina.

Sedarla yea. Umi malas dah nak naik angin dengan "kau".


Jumaat

Berdiri Tanpa Duduk dan Merangkak.

Ketika usia kembar dah hampir setahun.
Makin banyak akal baru yang muncul.
Ramai orang tak percaya usia twin dah 11 bulan.
Bulan depan dah setahun.
Twin kecik je orangnye mcm mama.

Setengah budak saat usia ini dorang dah ada yang merangkak, duduk, mahupun berjalan.
Tidak dinafikan twin umi masih belum merangkak dan duduk. 
Berbanding dengan abangnye. 
Dimana ketika usia begini dia dah mula bertatih, dah duduk dan merangkak.

Adik.

Tapi twin umi dia skip 2 benda.
Dia tak merangkak dan duduk.
Tapi terus berdiri dengan berpaut di kerusi mahupun mama.
Mula2 umi fikirkan tidak normal.
Bila mak cerita arwah abang pun macam twin umi berasa sedikit lega.

Alhamdulillah, walaupun lambat proses dorang.
Tapi twin umi makin sihat.
Jarang dah sakit.
Syukur Ya Allah.

Rabu

WW - Fesyen Tudung Mama

Asyik cerita anak-anak je kan.
Layan je la fesyen tudung mama okey.





Patah Tumbuh Hilang Mujur Akan berganti

Mood masih geram dengan BS...


Ntah di mana dia berada ketika kejadian ini berlaku.
Bila dia cerita," akak dengar adha dah nangis selak kat depan tv".
Apa perasaan korang?

Nasib baikla jenis patah akan tumbuh semula.
Tapi patahnye hanya separuh.
Separuh ada lagi dan menyebabkan adha sakit.
Bayangkanla nak makan tak boleh perut lapar.
Bagi susu dari malam sampai pagi 1 botol je tu pun tak habis lagi 2 oz..

Erm, geram sangat dengan BS.
Dan budak yang menyebabkan adha jatuh tersembam.
Boleh pulak BS biar budak tu main dengan adha.
Ikat kaki, dan tangan adha?
Mana tak jatuh tersembam.

Sakitnye hati. 
Nak je bagi penampar kat budak tu yang dah berusia 12 tahun.
Kalau anak bs sendiri boleh terima. 
Ini anak jiran sebelah rumah BS.

Sabarkan hati wahai mama.
Insyallah akan tumbuh yang baru.
Cuma kena gi klinik jugak buang lagi separuh.
Harap adha okey.



tido dalam kesakitan

Ayah Tiada Mama Boleh Layan Anak-Anak

Bercuti 4 hari kemana kalian semua pergi???
Umi dengan anak-anak hanya dok di rumah je. Suami tak cuti.

Bila dok dalam rumah lama-lama kadang pun cepat naik cemuh.
Jangankan orang dewasa anak-anak pun mudah meragam bila hari-hari kena kurung.
Sejak dah boleh bawak kereta sendiri ni, umi akan cuba hiburkan anak-anak bila time cuti.
Tak kemana sangat pun. Hanya gi taman belakang rumah takpun ke Dataran Shah Alam.
Satu lagi tempat iaitu Tasek Shah Alam.
Itu je mama tau. Jauh-jauh mama tak berani.

Alahamdulillah anak-anak happy bila dapat keluar.
Tak mengamuk bila terkurung je dalam rumah.
Terutama si adhala. Kalau terkurung je macam-macam perangai di buat.

Layan gambar -gambar di bawah yea:

Si kaka yang asyik kena buli dengan adik dan abang.

Si adik yang makin nakal dan manja.

Mata yang cantik buat mama.

Si chicky mama.

Abang yang makin membesar dengan pelbagai kerenah.






Bila dah mula bosan kembar dah mula berperangai "cantik".
Si kakak dah angkat kaki adik dah berpusing-pusing dalam stroller.

Apa lagikan terus balik rumah jela...


Klik Picture My Twin


Kawan-kawan kalau singgah blog umi tak pun baca blog umi,
klikla like gambar twin kat link bawah ni yea...
Moga ada rezeki my twin.

Saya Perlukan Rehat. Tapi Bila???


Bilakah masa rehat itu akan muncul dalam kamus hidupku.
Seharian dengan jadual yang padat amat memenatkan.
Tapi aku harus kuat demi anak-anak tercinta.
Tapi aku betul-betul inginkan masa rehat seketika.
Badan sudaj terlalu letih.
Bestnye kan kalau suami hari-hari ada di rumah...

Bilakah impian ini akan terlaksana?