Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Nak Kongsi Tips { Cara Membasuh cloth Diapers}

Sejak umi menggunakan cloth Diapers aka CD, makin banyak tips umi dapat dan amalkan. Terutamanya dalam proses pembasihan CD.

Sebenarnye takla cerewet sangat pembasuhan dia. Masuk mesin je kan. Dah siap sidai bagi kering dan gung. Cuma yang cerewetnye ialah dalam penggunaan sabun pencuci. Bukan sebarangan sabun boleh guna. Softener pun tak boleh.

Apatah lagi memeberus CD. Ini akan merosakkan CD anda. So, kat sini umi nak kongsikan cara bagaimana membasuh CD anda:

Penggunaan kali pertama

1. Lakukan prewash sekurang-kurangnya 3 kali basuhan.Ulang langkah kedua dan ketiga dibawah.
2. Sebaiknya rendam dalam air suam selama 2-3 jam utuk meningkatkan daya serapan insert
3. Bilas,spin dan jemur di bawah cahaya matahari. 


Basuhan biasa (penggunaan harian)

1. Keluarkan insert dari pocket CD.
2. Buang segala stool ke dalam mangkuk tandas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
3. Pancutkan dengan air yang deras bagi menanggalkan kesan poo pada bahagian fleece.
4. Bilas CD dan insert yang terkena pee.
5. masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut,pewangi @ peluntur.
(digalakkan menggunakan sabun yang hanya sesuai untuk lampin bayi sahaja)
6. Basuh seperti biasa samada menggunakan mesin basuh / basuhan tangan.
7. Sebaiknya masukkan CD ke dalam laundry net (untuk mesin basuh) untuk menjaga jangka 
hayat CD anda.
8. Sidai CD anda di bawah sinar matahari.Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya 
bagi memelihara warna CD agar tidak cepat lusuh.




Teknik basuhan (bagi insert yang sudah nampak kekuningan)

* Rendam insert dalam air panas selama 2-3 jam
* Atau perahkan sedikit air limau nipis dan biarkan seketika
* Atau letak sedikit soda bicarbonate yang dicampur dalam air semasa membasuh. 



Teknik ‘Stripping’ (bagi Cloth Diapers yang sudah kurang daya serap)

* Guna sabun pencuci pinggan yang mempunyai kuasa untuk menanggalkan minyak.
* Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan
kotoran-kotoran halus.
* Teknik 'stripping' CD boleh dilakukan sebulan sekali.



Nota Peringatan

1. Jangan gunakan berus untuk menghilangkan kotoran pada CD anda.
2. Jangan gunakan ‘softener’ atau ‘bleech’.
3. Jangan gosok CD atau insert anda.








2 ulasan:

mama irfan berkata...

gud info...tq

++Kerudung Ungu++ berkata...

saya pun guna cd untuk anak saya...:-) tp cepat bocorla....ada tips x?:-)