Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Jom Kite Kira Berapakah Wang Kita Labur Dalam Pembeliaan Lampin Pakai Buang...

Tu dia, tajuk panjang berjelar-jelar untuk N3 hari ni. Bukan apa umi nak berkongsi sedikit info yang umi tau dan umi dah amalkan dalam kehidupan umi sekarang untuk menjimatkan wang saku tiap-tiap bulan.

Yea, biarla orang nak cakap umi kedekut bab perbelanjaan keperluan anak-anak. Hanya tuhan yang tahu betapa pentingnya wang dalam kehidupan umi yang sederhana tambahan lagi sejak ada twin. Apa yang umi boleh jimatkan umi cuba jimatkan.

Dulu, memang umi tak kisah menggunakan lampin pakai buang buat anak sulung umi. Tak kisahla jenama apa-apa pun. Tapi sekarang, sejak ada twin pampes saiz M jenama apa pun hanya tahan 2 minggu. Uik memang azab umi rasakan. Maknanye lagi dengan lampin pakai buang adha Saiz XL dan susu lagi.

So umi decide nak pakai CD(Cloth diapers). Memang berbaloi. Memang mahal harganye. Paling murah Rm25.00 satu. Tapi modal yang di keluarkan berbaloi-baloi. Memang tak rugi. Kenapa berbaloi??? Jom kite kira penggunaan coz lampin pakai buang yang kite guna!!!

Rm0.70 x 7= Rm 4.90
(harga minima sekeping DD x 1 minggu)

Rm 4.90 x 365 = Rm 1788.50
(duit yang kite gunakan untuk tempoh setahun)

Rm1788.50 x 3 = Rm 5365.50
(3 tahun tempoh paling minima anak menggunakan DD)

Banyakkan??? Boleh beli sebijik motor tak pun buat saving dalam bank untuk anak-anak kemudian hari. Jom kite kira pengunaan CD pulak berapa harga yang kite keluarkan...

Rm 25 x 20 = Rm 500
(untuk pengunaan dalam tempoh 3 tahun)
_ Ini harga yang umi keluarkan_

Lihat betapa jauh bezanye harga antara DD dengan CD. Pengunan CD bergantung kepada ibu bapa. Kalau nak tambah lagi koleksi terpulang. Tapi bagi umi 20 keping CD mencukupi untuk kegunaan  Twin buat masa ini. Ada rezeki koleksi akan di tambah.

Umi bekalkan 10 keping CD setipa hari di rumah pengasuh untuk kegunaan twin. Alhamdulillah buat masa ni memang 10 CD mesti balance 1 tiap-tiap hari. Bila balik umi terus basuh untuk kegunaan keesokkan harinye. Keletihan bila membasuh CD hilang melihat anak-anak comel memakai CD dan jimat wang poket.

2 ulasan:

++Kerudung Ungu++ berkata...

memang berbaloi pakai cd ni... sy pun tgh gunakan cd kat baby sebab ruam lampin die makin teruk bila pakai lampin pakai buang tu... cuma masalah kebocoran jelah belum dapat diatasi...hehe

MaMa_AdHa berkata...

ops mcam mana boleh bocor??? dah wat stripwash ke????
umi alhamdulillah belum bocor kalu tak sampai waktu menukar Cd