Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Insiden Di Malam Tahun Baru..

Dah masuk hari ke-10 tahun baru..
Baru terhegeh-hegeh nak wat N3 bersambung sebelum ni.
Adoila, nak wat macam mana mood berbloging masih ke laut.

Okeyla, umi nak cerita tragedi yang menimpa anak sulung umi malam tahun baru.
Nasib baik tak ke hospital malam tue.

Apa yang terjadi???










JATUH TANGGA

Macam mana boleh berlaku??
Erm, mungkin kealpaan umi kot.
Tapi benda nak jadikan larang macam mana pun benda tetap berlaku.
Cuma kite boleh mencegah je.

Kejadaian ni bukannye berlaku di rumah umi.
Rumah umi teres 1tingkat je mana nak ada tangga.
Kejadian ni berlaku kat rumah adik ipar umi kat rawang.
Memang ada tangga.

Tak nafikan budak-budak bila jumpa tangga, uih memang excited.
Larang tak dengar.
Cakap sampai orang kata berbuih la mulut maknye dengarla kejap je pastu main balik.
Tambah pulak jumpa sepupunye.
Ramai kawan lagila excited.
Tak terkawal umi dengan kembar lagi.

Hari kejadian adik ipar ada buat event bifday anak bongsunye.
Ingatkan nak sambut sekali dengan adha la.
Siap tulis nama atas kek.
Tapi bila berlaku kejadian macam ni kek kemana adha kemana.

Alhamdulillah, adha cuma mengalami luka kecil di kepala.
Tidak berdarah cuma berjalur kemerahan.
Rasanye kalau tinggi lagi tangga berjahit jugak kepalanye yang comel tue.

Ingatkan lepas jatuh dia dah serik takpun nak tido.
Coz 1 hari tu dia tak tido langsung.
Tapi jangankan kata nak tido, melompat lagi adala.
Pukul 11 malam lebih baru dia  tido.

..... Nila kenangan tahun baru yang umi takkan lupa sampai bila-bila.....

Tiada ulasan: