Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Dulu Kakak Kena Sekarang Adik -{campak keladi}

Alhamdulillah kali ni kembar tak sakit serentak. Dah mula berjauhan jarak sakit dorang. Mungkin dari pembahagian uri masa tanam hari tu kot.

Hujung tahun 2010, si kakak kena serangan demam panas. Lepas je baik badan dia naik bintik-bintik merah / campak keladi. Tapi alhamdulillah tak seteruk adik. Umi dah agak pas baik demam mesti naik punya sebab adik je tak kena lagi.

Jangkaan umi tepat. Demam adik yang turun naik, naik banyak bila masuk malam. Nak dekat 39'c suhu dia. Merengek jangan cakapla. Main pun taknak banyak nak tido. Kesian kakak dok kacau adik time tido suruh bangun nak main.

muka adik yang dah bengkak..



Tapi, adik naik bintik merah dari bahagian muka pagi ahad tu. Ingatkan sikit macam kakak. Tapi tak malam tu,,muka adik sampai bengkak, mata jadi sepet. Dek kerana takut mungkin alergik, umi decide gi HTAR. Masa tu badan adik panas.

Dah sampai hospital dorang letakkan adik dalam zon kuning. Masa ni kakak tido dalam kereta. Umi masuk dengan adha je. Tunggu dalam tu sampai jam 3pg. Nak dekat kul 4pg baru keluar. Erm, kat sini dorang masukkan ubat bontot dan tunggu sama ada demam turun atau tak. Darah di ambik alhamdulillah darah takda jangkitan. So layan je la gambar adik kat hospital dan kerenah abangnye yang dok tak diam..



Sewaktu menunggu giliran

Baju kena bukak nak bagi panas turun.

Alhamdulillah panas turun dan makin aktif

Mengantuk...
Si abang yang cheeky...

Marah mama...

Berlari dalam bilik zon kuning


main turun katil sampai letih..
Alhamdulillah, hari ni adik dah makin pulih. Syukur ya Allah...

Tiada ulasan: