Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Cara Nak Menghilangkan Cradle Cap or Taik Sawan

 Dulu umi pernah wat N3 tanya macam mana nak hilangkan cradle cap or taik sawan. Kalau tak ingat klik SINI.

Puas umi cuba mcam-macam cara. Sapu minyak, pastu cuci dengan sikat, pakai shampoo untuk hilangkan cradle cap dan macam-macam lagila. Tapi tidak jugak hilang.

Kebetulan pulak lepas je umi keluarkan N3 ni twin warded seminggu di hospital kena demam panas. Kat sinila baru umi tahu cara nak hilangkan benda ni.

Bila doktor pakar datang, dan bagi penerangan kat umi dan doktor praktikal, rupa-rupanye senang je caranye. Stop pakai shampoo. Insyallah hilang.

Umi buat apa yang doktor cakap. Selama twin warded kat situ selama 5 hari umi tak pakai langsung shampoo takpun sabun. Just bagi mandi macam biasa je. Biarla tak wangi pun. Lagipun masa tu twin umur 4bulan mana ada bau peluh lagi.

Alhamdulillah dengan usaha tue cradle cap/taik sawan kat kepala kembar hilang. Cantik je kepala. Rambut pun naik banyak. Kalau ada cradle cap ni rambut lambat sangat tumbuh.

So kepada kawan-kawan yang mengalami masalah seperti umi, cubala cara umi ini. Insyallah akan hilang.

3 ulasan:

Nens Collection berkata...

oo..boleh buat tips berguna tuk masa depan ni..hehe..saya dulu2..letak mintak bb kat kepala kalo berkerak sgt..;)

Hiasan Dunia berkata...

salam, anak saya pun ada cradle cap.. saya jadi tension sgt.. bila dah korek dengan sikat mandi pagi, petang tu akan naik berair.. macam kulit kepala dia luka berair bisa.. sedih la... mohon doa puan...

Hiasan Dunia berkata...

anak saya ada cradle cap.. sedih..cuci pagi...petang tu kulit kepala macam berair bisa.. macam luka je...